Wednesday, 20 February 2019

Kau Sahabat, Kau Teman


Catatan 2019 dmulakan dengan kisah sedih dengan kehilangan seorang sahabat baik. Sahabat dunia akhirat pernah sebilik, serumah, setilam dan makan setalam. Tak terluah kesedihan hati ini, nukilan ini sebagai satu cara melepaskan beban kesedihan yang terbuku di hati.

Seumur hidup saya belum pernah lagi kehilangan sahabat baik. Inilah pengalaman pertama dan benar-benar terkesan di jiwa. Almarhumah Hauzan binti Yusof seorang sahabat yang berperwatakan lemah lembut, seorang yang sangat teliti, tulisan sangat antik, tidak boros tetapi tidak kedekut. Pandai simpan rahsia sahabat. Banyak, sangat banyak yang hendak digambarkan tentang susuk tubuh almarhumah.

Mengenalinya sejak tahun satu pengajian di Unversiti, masuk tahun ke dua kami duduk satu rumah sewa hinggalah habis belajar. Terakhir kami menyewa di  Taman Rasmi Jaya Ampang, sebelum Almarhumah berkahwin dan perpindah mengikut suami tinggal di Perak. Meskipun jarang berhubung, tapi hati tak pernah lupa semua sahabat, termasuk Almarhumah.

Kali terakhir berhubungan Almarhumah membeli sepasang telekung dari saya untuk anak beliau. Kami bersembang dan Almarhumah bertanyakan kepada saya kenapa saya keluar group whatsapp kawan-kawan UTM. Saya nyatakan saya serabut bila banyak group whatsapp dan memang keluar dari beberapa group whatsapp termasuk group sekolah dan persatuan.

Kami sembang-sembang juga serba sedikit berkenaan politik sebab Azizan suami beliau terlibat dengan Amanah dan beliau tahu saya dan suami sudah tidak bersama PAS dan terlibat bersama Amanah sekarang. Bila dapat maklumat Almarhumah buat biopsy di Hospital Selayang baru saya tahu beliau kena kanser hati. Segalanya terlalu pantas awal bulan satu buat biopsy dan dalam proses untuk melakukan kemoterapi, Allah telah menjemputnya pulang.

Sungguh kematian ini menjadi suis menghidupkan mentol keinsafan dalam diri saya. Betapa kurangnya amalan saya, cuainya dalam melakukan ibadah. Almarhumah yang saya kenal memang seorang yang taat beribadah, rajin mengaji dan membantu sahabat dalam kesusahan. 

Beruntung Almarhumah meninggal dalam keadaan sempurna terjaga auratnya dijaga baik oleh suami beliau walaupun di hospital. Meninggal dalam keredhaan suami. Berehatlah Hauzan dari segala kesakitan dan derita dunia. Anti kekal dalam ingatan ana dan sahabat-sahabat yang lain. Semoga Azizan dan anak-anak tabah menghadapi ujian ini dan bakal disatukan kembali di syurga.

Ana sayang anti Lillahitaala.

Hauzan binti Mohd Yusof
29.08.1981-18.02.2019

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...