Saya jenis tak kenal pisang. Yang betul yakin saya kenal adalah pisang tanduk, pisang nipah dan pisang nangka. Pisang nipah saya kenal memang ada di tanam belakang rumah. Sedap di buat pisang goreng. Pisang tanduk memang seng di kenali kerana saiznya yang besar . Pisang nangka pula kerana baunya yang agak kuat seakan bau nangka apabila sudah masak. Warnanya pula hijau kekuningan bila sudah masak
Semasa saya, suami dan anak-anak ke kebun sayur baru-baru ni, pekerja kebun sayur tersebut memberikan kami setandan pisang.Pisang dah tua di pokok tetapi masih tidak di tebang hingga habis daun hijaunya. Banyak pisang yang mereka tanam masak serentak, jadinya mereka tak termakan.
Seorang pekerja bernama Agus, yang rajin melayan kedatangan kami beri kami setandan pisang.. Pisang matang tapi belum masak lagi. Melihatkan pisang tersebut masih benar-benar muda, saya ambil empat biji buat gulai lemak. Alhamdulillah boleh tahanlah rasanya.Tetapi hanya kami berdua suami isteri yang makan. Anak-anak tak pandai nak makan nampaknya. Suruh dicuba pun tak mahu.
Bila dah nampak kekuning-kuningan saya cuba makan sebiji, rasanya kelat yang amat. Melekat rasa di gigi kesan kelatnya. Tanya suami nama pisang itu, rupanya dia pun tak kenal. Saya whatsapp gambar ke emak bertanyakan nama pisang, agak lama saya tunggu emak menjawab maka saya bertanya di group kebun bandar. Macam-macam nama pisang yang diberi , melalui jawapan-jawapan tersebut saya percaya nama pisang ini adalah pisang rastali. Selalu dengar nama pisang rastali tapi tak pernah kenal. Tak kenal maka tak cinta. Eh!
Pisang ni kalau nak makan kena dah betul-betul masak ranum baru sedap tak kelat. Tunggu bintik-bintik hitamnya dah banyak keluar bertambah manis rasa pisang ni. Jika dah benar-benar masak, kulitnya senang di buang, jika tidak kulit pisang ini masih keras dan sukar dikupas. Struktur isinya halus je bila di buat cekodok. Tak sesuai dibuat goreng tetai sesuai di buat kek pisang nanti menghasilkan corak yang cantik.
Bila mak saya pula jawab whatsapp, mak saya kata ini pisang meda. Orang belah selatan panggil pisang meda Memang sedap di makan mentah je bila betul-betul masak. Selalu orang buat sedekah di masjid mak kata inilah pisangnya.
Anak-anak dah seronok bila ada pisang masah Mereka ajak saya buat kek pisang.. Saya rancang nak buat muffin pisang bersama mereka esok. Memasak sambil belajar


No comments:
Post a Comment