Thursday, 22 June 2017

Catatan 27 Ramadan

Kami berbuka puasa di PASTI anak-anak. Ada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya untuk para pelajar. Majlis bermula jam5 petang hingga 8.30 malam. 

Nublah dan Nu'man excited bukan main bila cikgu kata siapa yang datang dapat duit raya. Balik sekolah awal jam 11 pagi, lepas zohor dah siap-siap mandi pakai baju cantik nak ke PASTI.
Suami balik kerja jam 4 petang, rehat-rehat sekejap dan kami bersedia ke PASTI. Surat dari sekolah dah maklumkan jamuan akan disediakan oleh pihak sekolah namun mengalu-alukan sumbangan kuih muih atau makanan lain daripada ibu bapa. Saya yang mulanya merancang tidak mahu bawa apa-apa, akhirnya singgah juga ke gerai belikan karipap 30 biji sebagai sumbangan. Bila cikgu tulis surat galakkan ibu bapa sumbangkan makanan pada saya  itu pilihan ibu bapa samada nak beri sumbangan atau tidak.

Tapi bila di sekolah cikgu tanya sorang-sorang anak murid , mak awak bawak apa petang nanti,Nublah dah sibuk suruh bawak makanan untuk majlis berbuka. Saya secara peribadi tidak berapa bersetuju dengan budaya 'pot lak' lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Kebiasaanya akan menjurus kepada pembaziran. Ini juga yang berlaku di majlis berbuka puasa tersebut.

Pihak PASTI telah sediakan hidangan nasi putih,ayam bakar, ayam masak merah, kambing aqiqah, dalca, 2 jenis kuih, buah-buahan, mee hon goreng dan 3 jenis air (air sirap bandung, teh o dan air mineral). Pada saya ini sudah lebih dari cukup untuk majlis berbuka puasa. Saya masih ingat majlis berbuka puasa pejabat Yb anjurkan untuk staf, pihak pejabat YB hanya sediakan nasi minyak dengan sejenis lauk, buah tembikai dan air panas. Bila Pengurus Pejabat ADUN cadangkan staf yang lain pot lak makanan yang lain, YB tak bersetuju  kerana akan membazir. Di situ saya belajar, sifat sederhana seorang YB yang tidak berlebih-lebih dalam soal jamuan.

Berbalik pada majlis berbuka puasa tadi, bila masing-masing ibu bapa setiap pelajar juga menyumbang makanan, majlis berbuka puasa ini penuh dengan lambakan makanan. Lapar orang berpuasa setara manalah mampu makannya. Sedih melihat makanan yang bergelimpangan. Kami balik awal selepas berbuka puasa jadi tak tahu kesudahan dengan makanan yang banyak tersebut.

Hajat di hati saya memang nak menunggu hingga ke akhir majlis, tetapi Nisrina meragam dan menangis tak berhenti membuatkan saya tak selesa nak berada di dalam majlis tersebut dan saya sendiri tidak boleh fokus kepada aturcara majlis yang berjalan. Anak-anak sedikit kehampaan kerana tak dapat duit raya dari cikgu. Nak duit raya sudah tentulah kena tunggu hingga ke akhir majlis. Nampaknya bukan rezeki mereka malam tu

Bila dah menangis tak berhenti sejak datang sampai waktu berbuka, saya risau orang lain jadi tak selesa. Jadinya saya ambil keputusan balik awal. Berbuka pun ala kadar je walaupun macam-macam hidangan yang. Makan tanpa perasaan. 

Alhamdulillah atas pengalaman berharga ini dalam membesarkan anak-anak.

Ya Allah. Malam 27 Ramadan mengharap rahmat dan keampunan Mu ya Allah. Moga keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi milik kami sekeluarga.

Tuesday, 20 June 2017

Catatan 26 Ramadan

Saya tanya suami berapa hari dapat cuti raya.
Suami jawab kita balik kampung sampai hari khamis. Angkat tangan keluarkan jari dan saya ajak Nuruddin anak ke tiga saya kira 
1
2
3
4
5

 Alhamdulillah cuti 5 hari. Jadi sepanjang cuti 5 hari ni kami berulanglah antara kampung suami dan kampung saya. Kami suami isteri orang  Muar, tapi lain kampung. Jarak antara kampung saya dan kampung suami lebih kurang 20 minit kalau naik kereta. Sehari sana sehari sini memang itu yang kami amalkan sejak awal kahwin. Penat tapi Alhamdulillah seronok,  menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak.
Cuti panjang jugak ni,  jadinya banyaklah jugak baju nak kena bawak dan kemas. Saya mula kemas baju sikit-sikit supaya tidak terkocoh-kocoh di saat akhir. Anak-anak pun dah excited nak jumpa nenek dan mak atuk serta sepupu-sepupu mereka.

Hari ni kami ada jemputan berbuka puasa di PASTI anak-anak. Alhamdulillah tak perlu memasak petang ni. Tinggal 2 hari nak berbuka di rumah iaitu hari khamis dan jumaat. Saya dan rancang dah nak masak apa 2 hari ni dan boleh terus kemaskan peti sejuk.
Untuk berbuka semalam saya buat sambal tempe dan petola masak air .Tak ada menu lain. Bukan tak nak masak memamg tak ada apa nak masak, suami kata kita makan simple-simple je. Saya ok je sebab itupun dah sedap.
Anak-anak tengok meu berbuka semua merungut 

"Ummi kenapa tak ada ikan ke, ayam. Mana sedap nak makan" Omel Nublah yang baru belajar-belajar nak berpuasa.
"Ini pun rezeki. Tak boleh nak makan sedap je selalu. Ada orang nak berbuka pun tak ada apa nak makanan" Saya cuba pujuk Nublah 

Senyap semuanya sambil menarik muka. 
Dalam pukul 7 lebih sikit kami dah duduk menghadap juadah sambil menunggu waktu berbuka.Tiba-tiba terdengar pintu rumah di ketuk. Anak-anak meluru berlari ke pintu berebut nak buka pintu. Bila pintu di buka, ank lelaki jiran berdiri di depan pintu sambil memegang sepinggan juadah.

'Wah! Ayam!" Anak bersorak
"Hai ummi, bagitau orang ke kita tak ada lauk" suami saya mengusik.
"Pandailah awak, ni rezeki Allah yang beri tau.. Allah dah atur, tak ada yang kebetulan." Saya jawab.
Anak-anak senyum nampak ada lauk ayam masak merah.

Cantik aturan Allah. Tak ada yang kebetulan. Allah menghantarkan rezeki untuk kami sekeluarga dari jiran tetangga. Selalu kalau berbalas juadah pun biasanya kuih muih , tak pernah lagi beri lauk. Tapi di hari kami memang tak ada lauk, Allah aturkan orang lain yang beri lauk kepada kami. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Catatan 25 Ramadan

Suami tak beli bahan mentah untuk saya masak berbuka hari ni. Buka peti sejuk hanya ada kacang panjang dan bendi sahaja. Itu pun dari pokok yang saya tanam di tepi rumah. Ligat berfikir apa nak masak untuk berbuka ni. Saya dah terbayang nasi goreng je menu berbuka petang ni. Saya suka situasi macam ni sebenarnya, ada masa-masa suami ajar supaya tidak bermewah makan, maka ligatlah otak saya berfikir apa nak buat. 

Sejak hari pertama Ramadan baru sekali kami  berbuka di luar itupun sebab dah last minit tak jadi balik kampung sebab suami kena kerja, bahan mentah tiada di rumah untuk di masak. Ada dua ke tiga kali singgah di pasar ramadan pun, kami beli bungkus dan bawak balik. Beli pun sekadarnya makan sekali waktu berbuka terus habis.

Kisahnya suami nak ajak berbuka di luar. Anak-anak yang mendengar suami ajak berbuka di luar bersorak kegembiraan mereka. Suami tanya saya nak berbuka apa. Saya jawab saya teringin nak makan Nandos, tapi  bila tengok harga set untuk berbuka harganya hampir RM100 ringgit, saya ubah fikiran dan cadangkan berbuka di kedai-kedai makan biasa je.

Fikir-fikir balik sayangnya duit nak membazir makan macam tu. Ada orang dengan nilai RM100 tu berjimat untuk belanja makan sebulan untuk sekeluarga.  Pernah suami cerita kawan sekerja dia awal bulan nak pinjam duit nak beli beras sekilo. Itu awal bulan tu.Sekilo beras berapa hari boleh tahan belum masuk duit lauk. Ramadan ini turut mengajar saya dan keluarga menghayati kesusahan jiran tetangga dan orang yang dekat dengan kami.

Selepas berbuka puasa, kami singgah solat maghrib di Masjid di Saleng. Disitu saya bergilir-gilir solat dengan suami memandangkan Nisrina takut orang dan menangis beriye-iye melihatkan orang ramai. Satu masalah bagi kami bila ke mana-mana kerana anak bongsu kami ni takut dengan orang. Jadi kami terpaksa bergilir-gilir mendukung dia bila berjalan.

Masjid ini antara Masjid yang terbersih dan selesa yang saya pernah singgah di Kulai. Cumanya ruang solat muslimat agak kecil. Di tambah pula jemaah wanita di situ berbuka puasa di dalam surau . Bertambah-tambahlah lagi sempitnya ruang. Ruang solat yang beraircond menambahkan gangguan bau yang harum semerbak lauk pauk yang mereka makan. Sedikit sebanyak pada saya menganggu jugak orang nak solat. 

Kami balik kerumah selepas solat maghrib kerana tak nak suami terlepas solat terawikh di Masjid kawasan kami. Alhamdulillah selesai Ramadan kami hari ke 24. 

Anak-anak yang keletihan, balik ke rumah membersihkan diri dan menghadap buku masing-masing di tempat tidur. Alhamdulillah tak berapa lama selepas tu mereka semua lena. 

Saya tidurkan Nisrina dan bergerak ke dapur untuk masak nasi untuk makan sahur pula. Alhamdulillah atas rezeki hari ini. Sambil-sambil tu saya teringatkan semasa saya duduk di Taman Permata dulu. Setiap kali Ramadan kami sekeluarga akan berbuka puasa di surau yang hanya beberapa langkah dari rumah kami. Saya perhatikan ada seorang kakak ni datang berbuka setiap hari di surau dengan anak 6 orang tanpa kehadiran suami, saya tak pernah nampak mukanya sebelum ini dan saya langsung tidak mengenalinya. Selidik-selidik rupanya kakak ni duduk selang 2 lorong dari rumah saya. Suami tidak bekerja dan langsung tak ada duit nak makan. Mereka anak beranak tebalkan muka berbuka di surau walaupun memang tidak pernah menjejakkan kaki ke surau sebelum-sebelum ini. 

Kalau tengokkan daari rumah yang didiaminya nampak seperti rumah orang berada. Rupanya kakak tu mendiami rumah pusaka keluarga. Adik beradik lain sudah berkeluarga dan ada rumah sendiri. Orang  tua kakak tu jenis orang berada dan tinggal di rumah lain. Kalau tengok rumah memang tak sangka kesusahan kakak tu. Sempena nak raya tahun tu saya sempat membantu  dengan memasukkan namanya dalam senarai penerima sumbangan daripada pejabat ADUN. Ada juga beberapa individu yang menyumbang untuk persiapan raya mereka anak beranak. 

Sebenarnya di keliling kita ramai orang susah yang mungkin kita tak nampak atau tahu kesusahan mereka. Pengalaman bekerja di Pejabat YB lebih membuka mata saya akan realiti kehidupan masyarakat. Dari situ timbul keinsafan tidak mahu membazir walaupun sedikit. 

Done Ramadan ke 25 sambil terus muhasabah diri.

Monday, 19 June 2017

Catatan 24 Ramadan

Jam hampir sebelas malam, suami masih tak pulang dari solat terawikh. Hati tertanya-tanya kemana pergi lambat balik. Suami bukan jenis orang yang melepak-lepak warung dan memang menjadi rutin setiap kali habis solat terawikh dia akan balik terus. Dalam risau-risau menunggu sumi balik masjid saya tertidur. Saya terjaga apabila bunyi motor suami semakin kuat menghampiri rumah. 

Terdengar bunyi kunci, terdengar bunyi pintu di buka. Satu kelegaan di hati bila suami dah balik. Hati kecil selalu terfikir kalau ada perkara buruk.  Saya bertanya kepada suami kenapa balik lambat. Handphone memang tidak dibawa kalau dia pergi ke masjid.

"Saya ikut pergi kubur, anak orang kilang yang kemalangan tu lepas terawikh tadi baru solat jenazah dan kebumi" Jawab suami sambil tangan sambil mata tak lepas melihat skrin handphone .

Saya baru teringat dalam group whatsapp isteri-isteri pekerja kilang suami bekerja ada maklumkan mengenai kematian tersebut. Anak muda umur 21 tahun meninggal kemalangan di Johor Bharu. Allah!! Seminggu lagi nak raya, sesiapapun mesti rasa sedih. Anak sulong mereka pun meninggal kemalangan beberapa tahun yang sudah. Sungguh kematian bukanlah suatu bencana yang perlu kita lupakan tetapi ianya suatu pengajaran penting bagi manusia untuk memahami maksud kehidupan sebenar lebih-lebih lagi untuk kita muhasabah diri. 

Sebelum tidur semalam anak lelaki saya yang ke dua Nu'man datang merapati saya dan melentokkan kepala ke riba sambil berbaring, saya sedar saya banyak berinteraksi dengan Nu'man dengan suara yang tinggi sehari dua ni. Mungkin dia terasa denga sikap saya yang selalu marah dia. Bacalah berapa banyak buku parenting, motivasi , tips keibu-bapaan, dah namanya kita ni manusia ada masa-masa terlepas juga kemarahan kita. Usia Nu'man menginjak 4 tahun bulan 10 nanti, memang boleh kata anak yang bijak dan nakal.

Bila datang perangai nakal tu dalam bulan puasa ni, memang mecam mudah pulak kemarahan saya nak meletus. Bila dia datang kepada saya seperti minta dimanja, saya ambil peluang untuk mengusap kepala dia dan menasihati dia atas tindak tanduk diayang menyebabkan kami marah.  Mungkin emosinya sedikit tercalar dengan kemarahan saya dicampur dengan kemarahan suami. Moga saya dapat merawat kembali kesedihan Nu'man kerana dimarahi saya dan suami. Saya tak nak dia membesar menjadi seorang yang memendam perasaan dan mempunyai self esteem yag rendah. Banyak kekurangan kami suami isteri yang perlu dibaiki dari masa ke semasa untuk mendidik anak. 

Untuk juadah berbuka saya buatkan speggeti carbonara makanan kegemaran dia dan anak-anak yang lain. Seronok tengok mereka makan dengan berselera sekali. Mungkin lupa seketika kesedihan kena marah dengan saya.  Sesudah berbuka, solat dan mengaji bersama, mereka suka membelek-belek buku sambil membaca seperti lupa kemarahan saya kepada mereka.  Anak-anak sebenarnya tak ada dendam di hati walaupun berapa kali kita marah dan bukan kita tak boleh marah,  cuma kena pandai pujuk balik dan cari rasional di sebalik kemarahan tersebut untuk kita ceritakan kembali kepada mereka. Alhamdulillah Nu'man tidur dalam pelukan saya dan selesai menghuraikan kenapa saya marah pada dia.

Alhamdulillah tiada nilai kasih sayang jika kita tidak beriman. Marah ummi kerana sayang. 


Catatan 23 Ramadan


Petang semalam saya sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka hingga tak perasan ada panggilan tidak berjawab. Nombor yang tertera nombor yang tidak saya kenali. . Sejak berhenti kerja, handphone saya memang 24 jam silent sebab jarang sangat ada orang nak call. Saya memang selalu terlepas panggilan sebab handphone dah tak berbuyi macamana nak angkat.
Biasa saya akan return call nombor telefon yang saya kenali. Tapi semalam tergerak hati nak telefon balik nombor yang saya terlepas panggilan semalam.
Rupanya yang menelefon semalam adalah pengasuh Nuruddin masa kami tinggal di Hulu Kelang dulu. Sempat 3 bulan mengasuh Nuruddin dari usia 4 bulan hingga 6 bulan sebelum saya berhenti kerja dan berpindah. Pengasuh yang kami panggil Opah masih ingat Nuruddin yang dipanggilnya Udin.
3 bulan Opah menjaga Nuruddin tu sebenarnya 3 bulan yang stress bagi saya sebab masa tu suami dah pindah ke Kulai. Saya kononnya yang 'kuat' masih nak kerja dan jaga sendiri anak di KL. Rupanya menangis mengurus anak-anak sendirian di Kuala Lumpur dengan kerja lagi (ini cerita lain)
Nak ceritanya seronok Nuruddin bercakap dengan Opah macam cakap dengan nenek sendiri walaupun dia sendiri tak tau dia cakap dengan siapa. Sembang dah beli baju raya, sembang tak puasa, sembang gaduh dengan abang, macam iye-iye je.
Nak ceritanya lagi sebenarnya seronok dan kita rasa terharu bila ada orang yang masih ingat pada kita. Bila ada yang tanya macamana kehidupan sekarang, ok tak jadi surirumah, ok tak jaga anak sendiri, sebenarnya Allah hantar insan tersebut untuk mengembirakan hati kita.
Jadi tak susah pun cari pahala, gembirakanlah hati orang lain. Hubungkanlah kembali persahabatan yang dah suam-suam kuku.Eratkan kembali silaturahim walaupun ada yang dah berbeza parti (eh!!)
Moga ada kesempatan kami berziarah sahabat-sahabat dan saudara mara di Kuala Lumpur raya nanti.


Show M

Saturday, 17 June 2017

Nisrina dah berdiri


Alhamdulillah Nisrina dah mula berdiri dan acah-acah nak menapak dalam usia 6 bulan 24 hari. Semakin ramai anak semakin banyak pengalaman kita membesarkan mereka. 4 orang anak. Kalau anak seorang dulu lengkap segala kelengkapannya. Semakin ramai anak, saya semakin minimal.  Alhamdulillah sebelum berpindah sempat mengikuti Kursus Ibu Bapa profesional di Nury Bukit Antarabangsa. Pendekatan berbeza dengan masyarakat kita menjaga bayi dalam pantang namun Alhamdulillah nampak perbezaan yang ketara dalam perkembangan bayi.

Sebaik sahaja dilahirkan Nisrina 'skin to skin' dengan saya dalam tempoh yang lama. Alhamdulillah dapat skin to skin yang lama kerana Nisrina saya lahirkan di rumah. Nisrina memang bayi yang sangat tenang sejak dari kelahirannya, tanpa banyak ragam hingga sekarang, Tak pernah berjaga malam, menangis tanpa sebab atau susah ditidurkan. Sejak hari ke dua kelahirannya saya letakkan dia dalam keadaan tiarap. Sesekali ditelentangkan memang atas tilam nipis tanpa bantal. Hingga sekarang tidur memang tak berbantal . Ini  bagi membantu perkembangan otak bayi dan mengelakkan kepala bayi jadi leper. 

Tanpa sapuan sebarang minyak, syampu atau mandian, juga sarung tangan, sarung kaki mahupun bedung, Nisrina belajar mengenal dunia sekelilingnya.Dengan menggunakan tangan dan kaki dan seluruh anggota badannya Nisrina belajar menyentuh dan merasa apa sahaja yang ada berdekatan dengannya. Dirumah saya hanya memakaikannya baju dan diaper tanpa seluar. Ini untuk memberi peluang untuk mengaktifkan seluruh deria.  Bila diletakkan dalam keadaan tiarap, bayi akan berlatih mengangkat kepala, ini  menguatkan otot perut dan mengurangkan risiko kembung kerana perut terhempap. Dalam tempoh sebulan pertama Nisrina sudah belajar bergerak kedepan menggunakan otot kakinya. Dalam usia 2 bulan otot leher sudah kuat, masuk usia 3 bulan otot tangan sudah kuat dan sudah cuba mengangkat badan dan akhirnya berjaya meniarap sendiri pada usia 3 bulan.

Pada usia 4 bulan Nisrina sudah mempunyai kaki yang kuat dan boleh berdiri tanpa di pegang. 5 bulan merangkak dan sekarang dalam usia 6 bulan sudah boleh duduk, berdiri sendiri dan berjalan memapah dengan menyusur menggunakan barang yang di pegang.

Alhamdulillah bukan niat berbangga, cumanya bila kita percaya dan memberi peluang untuk bayi belajar dan bantu mengenal dunia baru mereka, Inshaallah mereka lebih cepat sesuaikan diri dan mudah diurus. Saya tidak menggunakan walker untuk anak-anak saya semasa kecil, mereka bebas meneroka dan bergerak  di dalam rumah . Saya percaya setiap satu yang mereka pegang, sentuh, cuba dan buat adalah proses belajar untuk mereka. Cumanya pastikan persekitaran rumah adalah selamat untuk bayi kita bereksplorasi. 

Bertatihnya anak mengenal dunia, bertatih jugak ummi mencri ilmu untuk membimbing anak-anak.

Buat kuih raya bersama anak-anak

Anak-anak ajak buat kuih raya, saya layankan sahaja tapi bukan untuk hidangan tetamu yang datang, sebab anak-anak yang nak buatkan tahu-tahuj elah hasilnya nanti. Lebih kepada makan sediri je. Saya percaya semua orang ada memori buat biskut raya dengan emak masing-masing. Maklumlah zaman-zaman kita kecil-kecil dulu semua buat sendiri. Rasanya ingat lagi ikut emak beli barang buat kuih dalam RM60 ringgit dapat macam-macam satu troli bahan asas buat kuih.

Zaman sekarang butter dua ketul pun dah berbelas ringgit. Menangis bucu kedai melihat harganya.

Ini adalah antara moment yang terpahat kekal dalam ingatan saya. Awal-awal dulu bakar biskut dengan oven butterfly. Lepas oven rosak, mak guna periuk sebaguna yang bakar atas dapur gas. Letak pasir bawahnya dan alas dengan tudung periuk. Tugas saya dan adik Sahidattul Noor tukang sapu telor dan letak ceri. Dah masak emas sorok siap-siap sebab takut kami habiskan. hahaha. Biasanya emak akan buat kuh makmur, biskut dahlia atau semprit, dan tart nenas. Sehari dua sebelum raya akan buat kek pulak. Malam raya kami akan keluarkan balang-balang kuih raya dan susun kuih untuk di letakkan atas meja.
Bila dah besar sikit emak benarkan kami bereksperimen sendiri. Buku resepi mak satu beg kertas, yang salin tangan, yang potongan majalah semua ada. Salinan tangan tu ada yang hasil tulisan kami adik beradik. Sayangnya semua dah hilang kot sebab kamilah jugak tak pandai nak jaga. Bila-teringat-ingat balik buku-buku resepi tu, sayangya lahai. Zaman sekarang nak cari resepi google je semua ada.😉
Dah namanya pun eksperimen ada masanya kami buat kuih  tak jadi, kami akan sorok-sorok buang takut kena mara , memang bukti lupus tanpa di kesan🙂. hahaha. Sekarang bila anak-anak ajak buat kuih raya saya rasa ini salah satu peluang saya mencipta kenangan bersama-anak-anak. Sebab sayasendiri sehingga sekarang masih segar dan mekar kenangan kami membuat kuih raya bersama emak.  Biarpun rasa berasap nak mengemas bersepahnya lepas tu.
Semalam kami buat biskut semperit. Ada sorang budak tu terlebih excited butter yang dah cair di suhu bilik di tepek-tepeknya atas lantai. Butter pure dahlah mahal anak oi.. Sabau jelah. Ummi amik barang buat kuih pun berkira-kira takut kena sound dengan pemodal. ðŸ˜Œ
Hari ni dah merengek, memujuk merayu ajak buat biskut raya lagi. Layankan jelah.. ini pun proses belajar jugak namanya .Sama-sama belajar.

Friday, 16 June 2017

Catatan 22 Ramadan

Saya tersedar jam 4.45 pagi untuk sahur. Sempat sediakan telur dadar dan tempe goreng untuk bersahur. Sementara menunggu subuh saya tidurkan Nisrina yang turut berjaga sedang saya kalut sediakan juadah sahur. Akhirnya saya juga tertidur. Itulah masalah saya dan rasanya ibu-ibu yang menyusukan anak. Bila nak menidurkan anak dengan diri sendiri tertidur.
Tersedar jam hampir 6.30 pagi itupun kerana terdengar bunyi motor suami yang balik dari masjid. Usai mengerjakan kewajipan kepada yang Maha Pencipta, seperti biasa rutin harian kumpulkan baju kotor, sapu sampah, kemas tempat tidur dan mengemas dapur yang tak sempat di kemas selepas sahur tadi.

Sambil menyidai baju saya ambil peluang melihat tanaman saya di tepi rumah. Alhamdulillah rezeki kacang panjang dan bendi yang berbuah tidak putus-putus. Pokok-pokok lain tidak terbela sejak ada anak kecil dan saya rancang untuk menanam semula selepas Aidilfitri nanti. 

Jualan tudung budak yang saya jalankan secara dropship sudah sedikit perlahan hari ini, mungkin kerana sudah hampir hari raya dan orang menjangkakan kiriman di minggu-minggu terakhir ini tidak akan sampai sebelum raya. Alhamdulillah sempena nak raya ni saya ada sedikit wang tambahan hasil dropship tudung budak. Alhamdulillahh walau pun nilainya tidak beribu, saya bersyukur mampu menjana wang dari rumah secara sambil-sambilan. Rezeki Allah beri, sedikit ke banyak ke tetap kena brsyukurkan.

Hati saya sedikit terganggu petang tadi bila ternampak ada insan tak berpuasa tanpa segan silu menghisap rokok di dalam kawasan kejiranan saya. Allah!! macamana boleh hilang rasa malu sebegitu sekali menonjolkan kejahilan diri. Saya terbayangkan wajah anak-anak saya yang akan membesar di sini dalam suasana begini, semoga Allah pelihara anak-anak saya dan kawan-kawan mereka dari anasir-anasir yang tidak baik.

Untuk juadah berbuka saya sediakan mee goreng dan nasi putih  berlaukkan sambal tumis sotong dan saya seimbangkan dengan ulam-ulaman. Memang menjadi tabiat saya sejak berkahwin akan masak cukup-cukup tanpa ada lebihan. Berbuka dengan sorang sedikit mee goreng dan di tambah sedikit nasi putih, selepas isya' dah tak ada makanan nak makan. Anak-anak mengadu kelaparan, saya gorengkan anak-anak dan suami keledek sebagai alas perut sebelum tidur. Dari 1 Ramadan hingga sekarang kami tidak makan di luar. Alhamdulillah, dapat mendidik nafsu dan keinginan nak makan macam-macam. Paling ringkas yang saya pernah masak adalah ikan pindang dan nasi putih sahaja dan anak-anak makan tanpa banyak bicara.

Bila anak-anak dan suami dah tidur, inilah masa saya membuka laptop dan mencoretkan sedikit catatan ini dan seterusnya bertemu dengan kekasih yang tidak jemu mendengar rintihan dan doa saya.

Alhamdulillah done! Ramadan hari ke 22.



Thursday, 15 June 2017

Catatan 21 Ramadan

Ahamdulillah sampai ke 10 malam terakhir Ramadan. 

Walaupun tidak dapat memaksimumkan amal ibadah di bulan Mulia ini kerana anak kecil yang sepanjang masa inginkan perhatian, saya yakin Allah tetap mengasihi hambanyaNya ini. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri segala rutin kerja rumah, mengasuh, menjaga anak dan mengurus rumah tangga juga adalah ibadah yang Allah hitung dan ada ganjarannya.

Tugasan kita sebagai ibu membangunkan semua ahli keluarga untuk bersahur, menyediakan juadah berbuka dan bersahur, menukar lampin anak, memandi dan menyuapkan makan ke mulut anak, menyusu dan panjang lagi tugasan-tugasan yang di pikul semuanya ada ganjaran di sisi Allah. Syarat nak dapat ganjaran itu pula kenalah ikhlaskan hati dan tidak merungut. Usah difikirkan sangat kekurangan amalan kita di bulan mulia ini, setelah kita berusaha membuat yang terbaik untuk meraih cinta Allah. 

Saya sering ingatkan diri saya nikmati saat indah bersama ank-anak, melayan kerenah mereka, bergaduh, merajuk, berebut buku dan mainan, ajar mengaji, membaca buku bersama, menidurkan mereka dengan ciuman di pipi mereka sambil mendoakan yang baik-baik. Ini semua tak lama untuk saya lalui. Mereka kecil hanya sekali dan inilah detik keemasan saya bersama mereka. Dalam usia mereka 6 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 6 bulan masing-masing menuntut perhatian dan memang mereka memerlukan saya sebagai orang yang paling rapat.

InshaAllah sampai masanya apabila mereka sudah besar, saya boleh kembali solat terawikh di masjid, membaca Al Quran dengan tenang, mengikuti kelas-kelas agama dan mengikuti kursus-kursus pendek sebagai menambah kemahiran. 

Jangan merasa jauh dengan Allah, kerana kasih sayangNya lebih tidak terbanding sebagaimana sayangnya saya kepada anak-anak dan suami. Semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan saya menjalani ibadah di hari-hari terakhir Ramadan ini. 

Monday, 12 June 2017

Catatan 17 Ramadan



Rancang tahun ni tak nak belikan baju melayu anak-anak lelaki. Saya keluarkan balik baju-baju melayu mereka, suruh 2 orang bujang tu cuba, nampaknya semua dah senteng, nak kenakan butang pun tak lepas🙂. Akhirnya ambil keputusan belikan jugak seorang sepasang baju melayu.
Belikan baju dah siap di Kota Tinggi. Harga mampu milik dan kualiti boleh tahan. Syurga kain baju jugak Bandar Kota Tinggi ni. Tahun lepas kami pergi waktu malam, sedaplah sikit nak berjalan. Tahun ni pergi hari siang, memang menduga kesabaran jugaklah bawak anak-anak. Nuruddin pantang nampak jualan mainan di kaki lima semua dimintanya. Dengan mendukung Nisrina yang boleh tahan berat mencabarlah jugak.
Rupanya peniaga-peniaga ni ramai orang Kemboja. Macamana saya tahu sebab di Muar pun ada bazar baju macam tu dan memang peniaganya boleh kata semua orang Kemboja. Banyak pilihan baju di sana harga memang boleh tahan, tapi nak kata kualiti butik memang tidaklah. Itu semua  tak penting yang penting selesa dan anak-anak suka. Saya bukanlah tergolong dalam golongan ibu-ibu yang excited merencana pemakaian anak-anak dan suami bertema atau sedondon. Ada masa tersama semua Alhamdulillah. Ada masa pakai sahaja apa yang ada. 

Begitu juga pakaian kasual anak-anak, walaupun pergi bersama suami dan anak-anak, biasanya suami yang akan pilih dan belikan baju untuk anak-anak dan saya akur. Kalau dulu waktu bekerja, saya  keluar jugak duit sendiri belikan baju anak-anak, bukan apa , sebab zaman tu memang suka cuci-cuci mata di AEON AU2, lantas tercuci poket sekali. Itu semua kenangan lama.

Sejak berhenti kerja, saya lebih berhati-hati bila berbelanja, kerana memang mengharapkan duit poket suami. Saya sendiri tiada keinginan nak beriye-iye beraya. Cukup sekadar apa yang ada. Hari Raya memang saya nantikan kerana saya boleh berehat dari rutin seharian saya sebagai surirumah. Melapangkan fikiran berjumpa sahabat dan saudara mara dan menghiburkan hati sendiri.

Menggembirakan hati isteri dengan hadiahkan sepasang baju atau tudung baru sempena Aidilfitri tidak menjadikan seorang suami itu miskin. Lain kegembiraannya bila mendapat hadiah pemberian orang berbanding membeli sendiri. 

Bulan Ramadan yang mulia ini tidak rugi kita bersedekah lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga kita sendiri. Didik diri kita untuk membahagiakan orang lain juga. Dengan cara bersedekah dan mengingati orang yang lebih susah dari kita.

Hargai orang lain jika ingin diri kita di hargai


Saturday, 10 June 2017

Buku untuk Nublah.

Alhamdulillah sebulan lagi Nublah berumur 6 tahun. Menjadi kebanggaan saya sebagai seorang ibu bila Nublah sudah boleh membaca dengan baik atas bimbingan saya. Walaupun mungkin pada sesetengah orang anggap itu perkara biasa.

 Saya tak mampu nak konsisten mengajar Nublah di rumah, kerana adik-adik Nublah juga perlu perhatian. disamping tugas-tugas hakiki sebagai sorang surirumah. Walaupun tak ada jadual yang khusus untuk dia belajar , tapi saya mengambil peluang yang ada walaupun sekejap untuk mengajar dia membaca, matematik, Read Easy dan perkara wajib setiap hari adalah mengaji. Sejak pandai membaca ni, dia memang suka membaca buku. Saya seronok melihat dia membaca.

Saya sendiri suka membaca sejak kecil, walaupun tak ada peluang memiliki buku cerita atau membeli buku kegemaran. Tak pernah ada koleksi buku cerita, buku bacaan, atau majalah yang di belikan. Kalau adapun buku cerita atau majalah di rumah, itu adalah pemberian orang dan saya kan ulang baca sampai lunyai.Lahir dalam keluarga sederhana, dan dibesarkan nenek, pernah saya mintak buku cerita dengan nenek, nenek pun tak tahu buku cerita tu macamana. Nenek saya tak tahu membaca, bila ikut dia ke bandar Muar saya akan  ajak dia beli buku, dia pun tak tahu nak beli buku dekat mana. 

Zaman saya sekolah rendah biasa akan ada orang datang ke sekolah menjual buku. Biasa 3 atau 4 hari sebelum mereka datang  menjual, guru kelas akan edarkan list buku yang dijual beserta harga. Saya memang seronok dapat list buku . Dari sekolah nanti saya akan tanda-tandakan buku-buku yang saya suka. Balik rumah akan tunjukkan list buku tu kepada nenek atau emak dengan harapan mereka akan beri duit untuk saya beli.

Tapi memang tak pernah dapat dan saya memang sedih menangis-nangis. Ada sekali tu memang saya macam mengamuk dan menangis-nangis nak beli buku, emak tak beri duit untuk saya beli. Saya pergi ke sekolah hari tu dengan mata bengkak menangis dan hampir dilanggar kereta kerana bawa basikal masa tu macam hilang fokus.


Bila di sekolah kadang-kadang ada kawan-kawan bawak buku , saya seronok meminjam untuk dibaca. Kelakarnya  buku peribahasa, kamus dan kadang-kadang buku cerita menjadi bahan bacaan saya. Mujur ada perpustakaan sekolah di situlah tempat saya meminjam dan membaca buku dengan puas. Paling saya seronok kalau kawan bawak majalah Dewan Pelajar atau Majalah Bujal dan Majalah Kuntum. Siapa yang membesar zaman 80an atau awal 90 an pasti ingat akan majalah ini. Zaman tu masuk darjah satu baru nak kenal ABC

Disebabkan pengalaman itu, saya jadi tidak berkira bab membeli buku samada untuk anak atau untuk diri saya sendir. Kadang-kadang buku yang dibeli jadi perhiasn dinding je dan tak habis baca.Anak kecil-kecil menjadi cabaran jugak untuk saya konsisten membaca dan buku-buku juga kadang-kadang menjadi medan untuk anak-anak berkarya. Saya sangat berharap anak-anak saya semuanya menjadi insan yang suka membaca. Bak kata peptah yang 'glamour' sejak saya zaman sekolah iaitu "Membaca Jambatan Ilmu". Biar mereka tahu betapa luas dan darjatnya orang berilmu. 

 Menjadi kepuasan juga untuk saya bila semua anak-anak suka dibacakan buku dan suka buku walaupun anak yang ke dua dan ke tiga masih belum boleh membaca.

Semoga Nublah dan adik-adik menjadi insan yang suka membaca.

Friday, 9 June 2017

Bayi Datang Haid

Dah lama tergerak nak tulis tentang perkara ni. Tetapi disebabkan tidak dicatit dalam buku nota. Apa yang nak ditulis pun terlupa. Kebetulan buka handphone lama ternampak gambar Nisrina masa hari ke tiga kelahirannya.

Selepas melahirkan Nisrina saya bercadang berpantang sendiri di rumah dengan anak-anak dan suami. Hari ke tiga kelahiran Nisrina, jururawat desa datang cek anak. Nampak Nisrina ada kuning dan dicadangkn pergi ambil darah di klinik kesihatan.

Sebenarnya saya rimas dengan jururawat desa di sini. Mulut yang bising dan bercakap tanpa lapik membuatkan hati saya sakit. Jadinya selepas kali pertama lawatan ke rumah untuk memeriksa anak, saya terus mengubah rancangan untuk berpantang dikampung sementara bagi mengelakkan berjumpa mereka. 

Saya dan suami memang merancang untuk memeriksa kuning anak tetapi di Hospital Panel suami. Sampai di rumah  emak malam tu sewaktu menyalinkan lampin Nisrina, saya nampak ada kesan darah. Warna yang 'fresh' dan agak banyak. hati seorang ibu pastinya tidak tenang. 

Keesokkan paginya masih ada darah kelihatan semasa menukarkan lampin. Kami membawa Nisrina ke KPJ Muar untuk pemeriksaan lanjut. Berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak di situ, selepas ujian darah, ,memang kuningnya agak tinggi. Nisrina di letakkan di bawah lampu selama 3 hari. Saya terpaksa berulang dari rumah ke hospital setiap hari. 

Bila bertanyakan pada doktor tentang darah yang keluar tu, doktor beritahu tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ramai yang tak tahu tentang perkara ini kerana jarang berlaku . 
Bayi datang haid ini biasanya dipengaruhi homon ibu. Perubahan hormon dalam diri menyebabkan bayi yang dikandung turut mengalami kesannya. Kebiasaannya darah yang keluar akan mengambil masa 6-7 hari untuk berhenti. Macam Nisrina hari tu hari ke 6 dah habis keluar dah. 

Kesimpulannya tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau bayi perempuan kita lahir dan keluar darah dari kemaluannya. Kalau bayi menangis atau menunjukkan tanda-tanda sakit, atau darah yang keluar terlalu banyak , itu boleh di kira tidak normal . Boleh rujuk doktor atau jururawat masyarakat yang berkunjung ke rumah untuk pemeriksaan berkala jika perkara ini berlaku jika inginkan lebih kepastian.

Cumanya bila pertama kali terjadi mestilah kita panikkan. Macam saya sendiri, bayi baru lahir, macam-macamlah yang kita fikirkan. Takut apa-apa berlaku. Kebimbangan itu adalah normal dan yang penting sentiasa mencari informasi bagi menjelaskan lagi apa yang berlaku.


Tuesday, 6 June 2017

Ragam Penyewa Rumah

Semalam suami minta saya rangkakan surat kepada Badan Pengurusan (JMB) Apartment kami di Ukay Perdana. Surat mohon menutup sementara bekalan air ke rumah kami. Ini kes penyewa tak bayar sewa dah hampir 7 bulan.

Bayangkan betapa sabarnya suami saya dengan penyewa ni. Bulan Puasa dan nak menghadapi Hari Raya dalam dua minggu lagi saya tak rasa penyewa tersebut akan bayar dalam masa terdekat ni.
Baik betul suami saya boleh tunggu penyewa tu bertangguh-tangguh nak bayar sampai tertunggak 7 bulan.

Alkisahnya kami beli rumah ni tahun 2014. Saja survey-survey rumah di kawasan Ukay Perdana masa tu memang merancang nak beli rumah sebab sangkaannya memang sampai ke tua duduk di Kuala Lumpur. Kebetulan ada yang iklankan nak jual rumah dan harga sangat ok. Kami ambil keputusan untuk beli rumah tersebut. Setelah pelbagai proses yang amat panjang memakan masa hampir setahun. Akhirnya rumah tersebut menjadi milik kami. Alhamdulillah berjirankan seorang peguam. Jiran kami tersebut yang anyak membantu sepanjang proses jual beli tersebut dan yang seronoknya dapat harga 'kawan-kawan' untuk semu yuran guaman.

Alhamdulillah rumah tersebut masih cantik dan yang paling untungnya harga memang murah waktu kami beli. Apartment kos sederhana tingkat 4 tanpa tangga. Kami tak merancang nak duduk di situ, kerana anak kecil-kecil nak turun naik tangga sangatlah memenatkan. Kami terus menyewa di rumah yang kami diami dan rumah milik tersebut kami sewakan.

Penyewa pertama dulu bermasalah jugak nak bayar sewa ruma. Pasangan baru kahwin, suami kerja bawa lori , isterinya kerja jaga kedai tak silap saya. Sewa rumah bayar ansuran 3 kali pun ada untuk sebulan. Faham situasi mereka kami bertolak ansur asalkan jangan tak bayar. Disebabkan mereka pasangan baru kahwin, kami belikan peti sejuk, almari dan dapur memasak untuk kegunaan mereka. Penyewa pertama ni menyewa adalah dalam 6-7 bulan. Lepas tu isteri mengandung dan nak balik kampung, akhirnya dengan suami berhenti kerja ikut isteri balik kampung.

Penyewa ke 2  unik sikit 3 orang bujang kongsi menyewa. Seorang budak muda pertengahan 20 an, ayahnya seorang duda yang dah pencen KTM dan bapa saudara  yang dah tua dan tak pernah berkahwin. Walaupun namanya orang bujang, rumah sewa kami sangat kemas dan di jaga dengan baik sepanjang mereka diami. Hamir setahun menyewa mereka berpindah cari rumah baru di sekitar Shah Alam tak silap saya berdekatan dengan tempat kerja budak muda tersebut.

Penyewa ke 3 menyewa tak beberapa bulan lepas tu keluar berpindah. Alhamdulillah yang ini pun bujang dan tidak ada masalah tunggakan bayaran. Masa ni kami dah pindah ke Kulai. Memang tak  sekalipun jumpa lagikan kenal. Segala urusan rumah sewa diselesaikan melalui panggilan telefon semata. Penyewa ke empat yang menyewa sekarang ni adalah satu keluarga. Masa mula-mula menyewa dua ke tiga bulan pertama , penyewa ni boleh bayar sewa tiap-tiap bulan tanpa masalah.  Lepas tu dah mula 2 bulan sekali , 3 bulan tak bayar, sekali bayar untuk 2 bulan. Perkara ini bermula Raya tahun lepas dan berlarutan hingga kini. 

Suami pun tak bercerita sangat hal penyewa ni dia banyak uruskan sendiri. Tapi bila dia minta drafkan surat sekat bekalan air ke rumah sewa, barulah saya tahu masuk tujuh bulan dah tak bayar sewa. Tahun lepas saya dah buat sekali surat kepada Badan Pengurusan untuk sekat air ke rumah. Bila air dah tak naik ke rumah barulah dia mengelupur ikhtiar nak bayar sewa. Kali ni nampaknya suami masih berdiplomasi tunggu lepas raya, kalau tak bayar jugak kami akan arahkan Badan Pengurusan kunci paip air.

Sepanjang saya menyewa rumah, tuan rumah biasa yang saya jumpa memang dah tetapkan sewa rumah kena bayar sebelum 5 hari bulan setiap bulan. Dengan penyewa rumah kami, kami dah tetapkan masa mula-mula menyewa kena bayar sebelum 7 haribulan setiap bulan. Bila kita sendiri jadi tuan rumah baru faham kenapa perlu jelas tentang surat perjanjian sewa ni. Atas budi bicara kami beri kelonggaran kepada penyewa untuk bayar sewa bulanan secara ansuran jika betul-betul tak mampu.

Hidup kita ni memang kena tolong menolong. Tapi kalau sampai satu tahap rasanys semua perkara diambil mudah. Rasa tak bersalah, langsung tak ikhtiar nak bayar walau sedikit pun samai tujuh bulan. Patut rasa kasihan atau macamana?

Kunci paip air adalah langkah paling ringan yang saya rasa kami boleh buat untuk memperingatkan dia tentang sewa rumah. Kalau nak ikutkan penyewa. Memamg bila-bila masa je sebenarnya kami boleh cari penyewa lain. Sewa rumah kami masih murah hanya rm650 sebulan tanpa sebaang kenaikkan setiap tahun. Ada tuan rumah lain meletakkan harga sewaan hingga ke RM850 sebulan untuk rumah yang sama macam kami. 

Niat kami suam isteri memang hendak menolong jadi kami tak menyewakan dengan harga yang mahal. Apa-apa pun tunggu lepas raya nampaknya kami terpaksa kunci paip air atau jalan terakhir minta mereka keluar dengan cara baik, walaupun kami kerugian 7 bulan.

Mujur bukan saya yang uruskan. kalau tidak boleh bikin stress. Zaman sekarang jadi baik sangat orang pulak ambil kesempatan.







Saturday, 3 June 2017

Safety Harness perlu guna atau tidak untuk anak kecil.


Saya suka-suka masuk give away  seorang adik kfrafter yang membahasakan diri Mak Iti. Hasil kerjanya memang cantik dan kemas. Salah satu hasil seni tangan adik ni adalah safety harness ni. 

Safety harness ni digunakan untuk anak-anak sebagai langkah keselamatan agar anak tak hilang dalam kelompok orang ramai. Biasa kita dengarkan kes anak hilang

Perlu atau tudak penggunaan safety harness ni  pada anak-anak? 

Pada saya ikut pada  keperluan ibu bapa itu sendiri, samada memudahkan atau masih boleh memantau sendiri. Pengalaman saya sendiri anak sulong pernah hilang sekali, anak kedua lebih dua kali pernah hilang, ke tiga pernah sekali hilang. Hilang tu bukan lama pun tak sampai setengah jam. Jadi pada saya tengok pada situasi dan suan

Tapi yang paling kronik anak ke dua, sebab dia memang suka berjalan sendiri lepas tu lari-lari ikut suka dia. Pertama kali dia hilang sewaktu Kembara Mahkota Johor yang singgah ke Felda Taib Andak tahun lepas. Kami suami isteri tengah ralit tengok pameran-pameran yang ada. Dia boleh buat hal sendiri lepas tu cari kami tak jumpa. Cemas jugaklah kami waktu tu. Tapak pameran waktu tu dahlah besar. Alhamdulillah tak lama lepas tu nampak petugas RELA tengah pegang dia sambil bersedia nak buat pengumuman. Muka Nu'man nampak pucat ketakutan sedang menangis sampai merah-merah muka.

Kejadian kedua sewaktu kami pergi beli barang di Aeon Kulai. Masa tu saya dibahagian bawah, bahagian barang dapur. Suami dan Nu'man naik ke bahagian pakaian lelaki. Saya ada terdengar pengumuman tentang budak hilang dan tak menjangkakan yang hilang adalah Nu'man. Bila dah naik ke atas baru suami cerita Nu'man hilang siap boleh duduk di kaunter sambil makan jajan orang kaunter beri. 

Kejadian yang terbaru anak nombor tiga hilang semasa kami pergi pasar malam Bandar Tenggara. Suasana pasar malam yang penuh dengan orang ramai kalau terlepas pandang sekejap pun memang boleh hilang. Waktu tu saya membeli putu mayam dan sedang beratur sambil mendukung Nisrina. Anak yang sulong dan yang ke dua berdiri di sisi saya. Suami sedang memilih-milih barang dapur. Bila ditanyakan mana Nuruddin semua cakap Nuruddin dengan Abi. Dari jauh saya nampak suami hanya seorang. 

Ha sudah ke mana pulaklah si Nuruddin ni. Cari-cari Nuruddin rupanya dia dah terlepas berjalan sendiri lajak ke depan sikit. Nampak sorang pakcik pegang tangan dia sambil mata pakcik tu melilau cari orang. Alhamdulillah hilang tak lama dan berjumpa dengan orang yang baik. Pakcik tu siap pesan, jaga nak baik-baik.

Saya nampak  ada relevannya jugak safety harness ni kalau berjalan-jalan kawasan  orang ramai dan tertumpu seperti pasar malam. 

Alhamdulillah atas rezeki yang tak di duga ini. Terima kasih kepada adik Fatimah @ Mak Iti atas hadiah ni. 

Semoga di murahkan rezeki adik ye



Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...