Seminggu sekali biasa suami akan tunjuk skill memasak. Anak-anak pun pandai 'jet' abi dia. Abi masak sedap. Abi masaklah..
Hari cuti suami hari Khamis. Nature bekerja di kilang begitulah. Manakan dapat nak cuti hujung minggu. Lebih-lebih lagi bidang tugas seperti dia yang menjaga jentera elektrik. Kena standby 24 jam lagi ada. Satu keistimewaannya walaupun cuti suami tak sama macam orang lain, tapi kalau ada apa-apa hal yang penting suami boleh minta keluar sekejap. Sekejap-sekejap bolehlah bukan berjam-jam. Itu curi tulang namanya.
Tengah-tengah masak habis gas pun boleh call suami belikan. Kalau kerja lebih masa boleh claim cuti. Itulah kelebihan yang ada. Bersyukurlah... kalau banyak songeh kerja sendiri.
Ok berbalik pada resepi Pecal Ikan Pari yang dimasak suami. Sebenarnya saya tak pernah makan sebelum ni pun. Beberapa kali sebenarnya suami minta saya masakkan. Tapi memang tak pernah menjadi seperti yang dia mahukan.
Ada suatu hari tu suami singsing lengan masuk dapur sendiri dan memasak. Baru saya tahu cara masak yang betul. Saya kongsikan resepi Pecal Ikan Pari Jika ada yang nak mencuba
Bahan-bahan
2 potong Ikan pari
Bersihkan dan di lumur dengan garam dan kunyit dan kemudian di bakar. Boleh bakar atas dapur gas atau nak sedap dibakar menggunakan kayu. Suami saya bungkus menggunakan daun pisang dan bakar gunakan kayu di luar rumah. Bakar hingga masak. Sejukkan kemudian boleh di koyak-koyakkan isinya.
Bahan untuk kuah
*Bawang merah 5 ulas
*Isi cekur
*Belacan
*Cili padi beberapa biji terpulang pada tahap kepedasan yang di inginkan.
Asam keping
Semangkuk santan pekat
Lada basah hijau di hiris nipis
Daun cekur di hiris nipis
Cara-caranya
Tumbuk semua bahan yang bertanda *. Panaskan periuk dan masukkan santan cair ke dalam periuk bersama-sama isi ikan yang telah dicarik dan juga daun cekur dan lada basah yang telah dihiris. Apabila kuah telah mendidih bolehla masukkan asam kepingg dan juga santan pekat. Kacau dan jangan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula sedikit sebagai pengganti msg. Sedia untuk di hidangkan.
Ada resepi yang tumis dahulu bahan rencahnya. Boleh juga jika hendak di tumis dahulu. Tapi pada saya tak perlu tumis pun tak apa dah cukup sedap.