Budak-budak ni dah meratib nak balik kampung dah 2 hari 2 malam. Cadangannya nak balik petang tadi lepas suami habis kerja.Mendengar bunyi motor suami balik kerja semua anak-anak berebut berlari masuk ke bilik air. Mandi salin baju dan menyediakan beg masing-masing bersedia nak balik ke kampung. Hampir sebulan tak balik ke kampung, anak-anak dah rindukan nenek dan mak atok mereka.
Masuk je rumah suami beritahu tak boleh nak balik kampung petang tadi. Dia kena standby sebab team elektrik semua tak ada tinggal dia seorang je. Bila dengar tak dapat nak balik kampung je tadi semua menangis kesedihan sebab tak dapat balik kampung hari ni. Baru setengah jam sebelumnya mereka telefon nenek dan maklumkan nak balik. Saya terpaksa telefon semua emak dan maklumkan tak jadi balik hari ni tapi balik esok. Bimbang emak masak banyak sebab sangkakan anak cucunya nak balik.
Sebagai memujuk semua, suami bawak ke pasar Ramadan dan beli beberapa jenis kuih. Kami berbuka ringan je dulu dengan kurma dan beberapa keping kuihterus menunaikan solat Maghrib. Pada awalnya saya bercadang untuk memasak menu ringkas je untuk berbuka puasa, saya dah keluarkan sepotong ikan pari dan dalam kepala sudah terbayang asam pedas ikan pari.
Suami cadangkan kami makan luar je, sebab sudah lewat dan Nisrina tak nak berenggang minta berdukung je dengan saya. Kami keluar makan di gerai dalam felda ni juga. Dalam mood standby suami kata dia tak boleh pergi jauh-jauh sebab kalau ada emergency memerlukan dia datang ke kilang segera. Saya memesan nasi goreng ayam, Suami memesan nasi goreng daging merah dan anak anak sepinggn nasi goreng cina berkongsi 3 orang.
Sedang kami duduk menunggu makanan kami sampai. Masuk 2 orang tua lingkungan umur 70 an pada hemat saya. Memegang sekotak rokok dan duduk di meja paling depan gerai yang kami makan. Mungkin dia nak merokok agaknya itu sebab dia mengambil meja yang paling hujung. Betul sangkaan saya tak berapa lama lepas tu mereka menghisap rokok. Datang pula 4 orang remaja masuk ke dalam gerai duduk betul-betul depan meja kami. Tanpa segan silu mengeluarkan rokok dan merokok tanpa rasa bersalah. Berkepul-kepul asam memenuhi ruang kedai makan. Saya memang rasa sangt tak selesa kerana ada anak kecil. Saya beralih sedikit ke meja yang lain untuk mengelakkan asap rokok.
Tiba-tiba salah sorang lelaki tua yang duduk di meja hadapat gerai tersebut tiba-tiba menghampiri meja kami. Mengeluarkan not RM10 dan diberikan seorang satu kepada anak-anak saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada pakcik tua tersebut kerana kebaikkannya sedekah anak-anak kecil dan mengembirakan hati mereka. RM40.00 saya kira jumlah yang besar. Kebiasaannya kawan-kawan rapat atau sedara mara sahaje yang biasa memberi duit dengan jumlah yang besar macam tu. Mungkin pakcik tua itu mengambil berkat Ramadan untuk bersedekah

Kami segera menghabiskan makanan kami. Azan sudah berkumandang dari masjid berdekatan tandanya telah masuk waktu Isya'. Suami pergi ke kaunter membayar untuk segera balik supaya tidak terlepas solat Isya' dan terawikh di masjid. Saya melangkah menuju ke kereta bersama anak-anak. Pakcik tua tersebut senyum melihat saya dan saya senyum kembali kepada dia.Sebagai tanda hormat dan terima kasih.
Baik hatinya bersedekah, sayangnya saya lihat golongan lelaki yang ada di gerai tersebut seperti tak ada tanda-tanda akan pergi solat terawikh kerana pakaian masing-masing ketika itu dan tangan masing-masing terselit puntung rokok. Melihatkan pakcik tersebut, hati saya sayu kerana di usia-usia begitu masih lagi tidak menjadikan masjid sebagai teman akrab. Doa saya disudut hati semoga pakcik tua tersebut di murahkan rezeki dan digerakkan hati untuk berubah menjadi lebih baik. Fenomena yang biasa di felda melihat 'kaki warung' berkumpul spagi, petang dan malam melepak di warung-warung. Paling 'sakit' melihat bila waktu maghrib azan bekumandang, tetapi kedai-kedai makan meriah dengan orang dan budak-budak muda berkumpul dengan motor pada waktu maghrib.

Selepas menghantar saya dan anak-anak balik ke rumah , suami pergi menunaikan solat terawikh, saya ambil peluang berborak-borak dengan anak apa yang dilalui, apa yang mereka nampak dan apa yg salah. Secara santai-santai mereka bercerita kembali semua apa yang mereka nampak, apa yang elok dan apa yang tak elok. Alhamdulillah Secara tak formal, anak-anak banyak belajar hari ini sempena hari ke empat Ramadan.
Meriahnya Ramadan bukan semua mampu menghargainya. Marilah kita merebut peluang yang telah diberikan sempena Ramadan ini untuk berbuat pahala.