Saya sedang sibuk di dapur, membasuh pinggan kotor pinggan kotor dan gelas yang masih belum berbasuh sejak malam semalam. Selepas makan semalam saya dah kemas dapur dan basuh semua pinggan dan gelas yang digunakan untuk makan malam. Meja makan bersih dan sink juga kosong.
Saya lupa yang Nu'man masih belum habis makan semasa saya sibuk berkemas di dapur. Makanya adalah lagi gelas dan pinggan kotor pagi ni. 3 orang anak punya cara makan yang berbeza setiap seorang. Walaupun kami memang makan bersama setiap masa.
Anak yang sulong, kakak Nublah punya cara makan biasanya akan mencubit sedikit sayur dan ikan dan disuapkan sekali dengan nasi sesuap. Makan penuh tertib. Secubit demi secubit lauk di makan penuh kesopanan. Jarang makan bersepah. Anak perempuan umur 6 tahun mungkin cepat matang telahan saya.
Anak yang kedua Nu'man pula cara makannya agak kelakar sikit. Biasanya akan makan lauk dahulu. Mula-mula akan makan sayur sampai habis, lepas tu ikan atau daging pula hingga habis. Akhir sekali baru akan makan nasi putih secara kosong dengan kuah . Itu pun jika kuahnya kena dengan selera.
Anak yang ketiga pula agak susah makan sayur, ikan agak memilih tetapi amat sukakan daging , ayam atau berlaukkan kambing. Lauk kegemaran kari, asam pedas atau sambal tumis. Paling unik sekali tak pandai makan menggunakan tangan. Akan makan menggunakan sudu walaupun memakan pisang goreng.
Melayan kerenah makan masing-masing je pun dah memenatkan. Tapi saya gembira sebab anak-anak dan suami memang akan makan dan suka walau apapun yang saya sediakan untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam. Azam kami sekeluarga sekarang memang sebolehnya mengurangkan makan luar. Jika dahulu mungkin seminggu sekali akan makan luar. Sekarang kalau boleh sebulan sekali makan di luar atau tidak makan luar langsung.
Anak-anak saya tidak cerewet makan, apa sahaja yang dihidangkan akan mereka makan tanpa banyak kerenah. Cumanya kalau ikan ada sedikit memilih, kalau ikutkan saya memang bukan jenis memilih ikan mahal atau ikan murah. Sudah terbiasa sejak kecil, ikan kembung, ikan gelama atau apa sahaja ikan yang murah-murah memang menjadi lauk kami sekeluarga. Berbeza dengan keluarga suami yang memang biasanya cerewet sedikit bab makan ikan.
Disebabkan ruang tamu dan ruang makan bersambung tanpa ada penghadang. Kebiasaannya nasi akan berterabur dan sangat jarang lantai rumah nak licin dan bersih tanpa sebarang benda berserak.
Pagi ni saya masakkan sarapan nasi lemak untuk anak-anak dan suami. Mula masak pukul 7 pagi, siap masak pukul 7.45 pagi. Sempatlah semua makan sebelum ke sekolah dan suami pergi kerja. Anak ke tiga merengek minta nasi lemak. Jadi juga nasi lemak ekspress. Santan beku ada simpan sedikit, pagi ni jugak baru rebus lada untuk buat sambal dan kopek ikan bilis. Emak-emak memang ada skill tangan sotongkan. Hehehe
Saya ambil peluang setiap pagi selepas suami dan anak-anak pergi kerja dan sekolah untuk saya membaca atau menulis serba sedikit. Saya peruntukkan selama satu jam antara 8-9 pagi. Kadang-kadang teranjak jugak masa. Membaca bukan sekadar hobi tetapi juga keperluan. Lebih-lebih lagi zaman yang menggerunkan sekarang ini untuk membesarkan anak-anak. Ibu -ibu surirumah juga perlu berilmu.
Walaupun ada TV di rumah saya sangat jarang menonton TV. Saya ada baca tapi tak ingat di mana. Bila kita menonton tv ni sebenarnya kita telah mencuri masa kita sedangkan banyak perkara lain kita boleh buat. Saya sedang menyusun jadual belajar anak-anak saya supaya ianya menjadi rutin kepada anak-anak. Jadi tidaklah saya perlu terjerit atau memperingatkan berkali-kali bila waktu belajar.
Sebagaimana rutin mengaji selepas maghrib dan tv diharamkan buka waktu maghrib. Ianya memang sangat berkesan.
Menulis dan terus berlatih menulis. Kalau tak ada orang baca pun. Satu masa nanti moga-moga anak-anak akan baca catatan umminya ni nanti.