Saja nak share baru-baru ni.
Kami sekeluarga pergi satu majlis. Majlis apa? Biarlah rahsia hehehe.
Majlis bermula pukul 8 malam. Kami keluar awal lebih kurang pukul 6 petang. Singgah solat di AEON Kulai dan terus bergerak ke majlis tersebut.
Bila sampai, makanan dah terhidang. Buka je pintu aroma nasi dah menerawang ke dalam hidung. Alhamdulillah kami dihidangkan dengan nasi tomato dan ayam masak merah.
"Wah!! So delicious." Kata Nu'man sambil menunjukkan muka tak sabar nak makan.
Suami ambilkan anak-anak sorang sepinggan. Saya berdiri memerhati sambil berdiri mendukung Nisrina. Mata melilau cari 'port' paling selesa nak duduk makan bersila bersama dengan anak-anak.
Saya tunjuk suami satu sudut kosong dan anak-anak di arah ke sana untuk duduk dan makan. Berderetlah tiga orang kanak-kanak sambil memegang seorang sepinggan nasi berjalan ke satu sudut yang saya tujuk.
Nuruddin bising minta sudu. Entah kenapa budak sorang ni memang tak berapa pandai nak makan nasi menggunakan sudu. Mujur jumpa sudu sebatang nan sebatang yang ada. Makanlah mereka dengan berselera.
"Udin, kayuh nasi tu dulu dengan kuah, baru makan." Nu'man cakap pada Nuruddin. Sebenarnya dia nak cakap gaul nasi dengan kuah. Saya gelakan dulu lepas tu baru beritahu perkataan yang betul.
Suami ambilkan sepinggan nasi untuk saya, untuk saya makan dulu sambil memantau anak-anak. Suami dukung Nisrina dan pergi menyembang bersama-sama kumpulan suami mithali yang lain sementara saya makan bersama anak-anak.
Baru duduk nak menyuap, Nu'man yang tengah makan sibuk nak terkencing. Hantar Nu'man pergi kencing.. Nublah dan Nuruddin mintak nak tambah nasi pulak lepas tu. Disebabkan dah ada orang tengah menyenduk nasi, saya berikan dulu nasi dalam pinggan saya untuk mereka makan.
Beberapa ketika Nublah selesai makan di ikuti dengan Nuruddin. Saya amil pinggan mereka dan satukan sisa nasi mereka dan kutip nasi-nasi yang bersepah di situ. Nu'man pun selesai makan, saya satukan sekali pinggan Nu'man dan kutip nasi-nasi yang berterabur.
Pinggan saya dah kosong sebab nasi beri mereka makan saya letak tepi. Saya nak ambil nasi sekejap lagi saya fikir. Bawak mereka basuh tangan dan ambilkan air mineral seorang satu 'cup' yang kecil.
Tengok-tengok ke ruang saya makan tadi, pinggan nasi saya dan anak-anak dah kena kemas. huhuhu.
Tak ada rezeki nak makanlah nampaknya. Sebab dah lewat majlis nak mula, suami pulak belum makan. Saya pun dah makan nasi di rumah sebelum pergi tadi. Takpelah tak makan fikir dalam hati. Majlis pun dah nak mula.
Pendekkan cerita masa nak balik, ada urusetia hulur sebungkus nasi kepada saya. Rupanya ada yang perasan saya tak makan lagi sebab sibuk dengan anak-anak. Terharu rasa ada orang yang cakna dengan ummi anak empat ni.
Disekeliling kita masih ramai orang yang baik-baik. Walaupun kita tak berapa rapat sebenarnya. Kita pun kena ambil peluang berbuat baik dengan orang. Berbuat baik tanpa mengharapkab balasan.
Bagaimana kita mahu di ingati dan disayangi refleks daripada cara kita berinteraksi dengan individu, masayarakat dan alam sekeliling kita.