Hujung tahun 2019, Alhamdulillah dah setahun sebulan usia Nada sekarang. Betapa lamanya tak menulis sampai umur anak bongsu pun dah setahun. Saya suka bercerita, walaupun tak menulis di blog ni, tapi kisah seharian, kisah anak-anak banyak saya coretkan di Facebook saya.
Cumanya tahun ni azamnya nak mengurangkan perkongsian cerita kisah di facebook, saya nak aktifkan balik menulis di blog ini, walaupun tiada pembaca hehehe. Meningkat umur menghampiri ke usia 40 ni, saya berasakan hidup lebih tenang tanpa membaca apa-apa perkongsian yang akhirnya menambah dosa, atau kebencian atau syak wasangka dalam diri saya sendiri. Khususnya hal ehwal politik. Saya yang dahulu semamngnya seorang yang aktif berpolitik, bekerja pun sepenuh masa berkaitan politik, akhirnya saya sendiri tak sangka, akan meninggalkan medan tersebut dan menjadi orang biasa yang malas mengambil tahu apa-apa pun.
Politik hanyalah alat, atau wadah, iya saya banyak berbeza pendapat dengan sahabat-sahabat lama dahulu kerana politiklah jugak dan saya merasakan lebih tenang tak ambil tahu sekarang.
Tahun 2020 ni fokus saya nak menana pendapatan sendiri secara konsisten setiap bulan. untuk anak-anak, saya cuba pastikan mereka tidak bermalas-malas dalam urusan solat dan mengaji.
Nak cerita impian dan harapan banyak sebenarnya. Tapi cukuplah saya kongsikan yang itu dulu.
ummunublah
Mak anak 5