Dari malam semalam saya dah rasa tak berapa sihat, batuk-batuk. Memandangkan hanya hari Khamis sahaja suami cuti, saya gagahkan diri jugak pagi tadi bawak Nuruddin pergi cek gigi di Klinik Pergigian Kulai. Alhamdulillah orang tak ramai, urusan selesai sebelum jam 11 pagi.
Antara Nublah, Nu'man dan Nuruddin , hanya Nuruddin yang ada karies gigi. Tapi tak seteruk manapun hanya 4 batang gigi depan bahagian atas. Nuruddin tak pernah hisap botol susu. Gula-gula, coklat, aiskrim sangat jarang dapat. Banyak makan di rumah. Saya teringat masa Nuruddin berumur setahun, kami anak beranak duduk di kampung hampir 3 bulan.
Biasalah kalau duduk di kampung, segala macam dimakannya dan itulah punca gigi Nuruddin mula rosak. Beberapa hari ni dia mengadu gigi dia sakit. Tapi selera makan macam biasa, makan nasi tiga empat kali sehari. Minggu lepas dia demam sekali dan kena semput. Bila nak tidur Nuruddin mengadu sakit gigi. Bila saya tengok gigi dia, ada nampak putih-putih di gusi atas. Rupanya ada nanah di gusi.
Gigi Nuruddin yang rosak dah di jangkiti kuman. Saya tekan-tekan sikit keluarkan nanah yang ada. Menjeritlah jugak kesakitan. Lepas tu di tak mengadu dah gigi sakit. Saya memang pastikan semua anak-anak gosok gigi sebelum tidur dan bangun pagi.
Bila buat carian pasal karies gigi, bila ada jangkitan kuman tu, kena makan antibiotik sebab taknak sakit berulang dan akan melarat. Bila doktor gigi cek gigi Nuruddin tadi, memang semua giginya elok cantik tak rosak. kecuali 4 batang yang bahagian hadapan tu jelah.
Doktor beri antibiotik kena habiskan makan dalam masa lima hari. Gigi yang rosak tu doktor tak akan cabut sebab Nuruddin di bawah umur tiga tahun. Doktor beritahu nanti lama kelamaan gigi yang rosak tu akan mereput dan hitam. Akan tertanggal dengan sendirinya bila gigi tu dah mati.
Jadinya untuk tempoh dua tiga tahun ni, terpaksalah Nuruddin bertahan dengan gigi rosak di depan tu hingga gigi baru tumbuh nanti. Gigi susu kalau rosak ok lagi sebab akan tanggal. Gigi kekal memang kena jaga elok-elok.
Anak-anak ni kita memang kena ajar makan secara sihat sejak dari rumah. Salah satunya kerana berkaitan dengan kesihatan gigi. Nenek Nuruddin dah umur 60 an gigi elok lagi. Nenek Nuruddin memang suka makan sayur dan ulam, itulah antara sebab gigi nenek masih kuat dan cantik.
Ummi Nuruddin ni penakut jumpa doktor gigi. hehehe Last cek gigi masa habis sekolah, sampai sekarang dah umur 36 tahun tak pernah jumpa dokotr gigi, penakut punya pasal. Alhamdulillah gigi masih cantik dan sihat.









