Sunday, 12 November 2017

Catatan Petang

Anak-anak sedang bermain diluar. Bermain lumba lari. Terdengar suara kakak yang sulong mengira 1,2,3 lari!!!!
Bukan ada padang yang luas, cumanya jalan depan rumah yang jarang-jarang kereta lalu, kecuali kereta-kereta jiran kiri dan kanan rumah. Sekejap-sekejap dengar pulak mereka main tembak-tembak. Saya belikan pistol air sorang satu semasa singgah di Mr DIY hari Khamis lepas.
Sesekali saya menjengah dari dalam rumah, memastikan mereka tidak bermain terlalu jauh atau buat aksi-aksi merbahaya.
Duduk dalam rumah dengan anak yang paling kecil, siapa kata tak letih, sekejap sekejap hilang masuk bilik air, sekejap-sekejap hilang masuk bilik panjat katil, sekejap-sekejap hilang pergi dapur panjat tong beras.
Duduk ruang tamu, tarik semua buku di rak buku yang bersusun kemas.Kakak dan abang minum air letak tepi meja, si adik tarik, habis basah lantai. Habis semua dah habis bosan, datang merengek ke umminya. Pegang handphone pun bertarik-tarik dengan yang bongsu ni.
Sebab itu kita jangan cepat menghukum sesiapa sebagai cuai menjaga anak bila ada yang update anak terjatuh, anak luka, anak berdarah, anak tercekik dan sebagainya. Kita tak tahu betapa sabar dan penatnya mereka membesar dan menjaga anak. 24 jam dalam pemerhatian pun kadangkala jadi jugak perkara yang tak di jangka
Bila ada rakan sebaya tulis teman anak bongsu buat MayKad hari ni. Saya tersenyum sebab anak bongsu saya baru nak masuk setahun. Rezeki dan bahagian masing-masing Allah dah tetapkan. Setiap kepayahan akan datang bersamanya kesenangan. Hidup inikan ibarat roda.
Atau nak best sikit hidup ini umpama roller coaster. Hidup ini perjalanan tentang jatuh bangun, naik dan turun.
Kos membesarkan anak-anak pun boleh tahan sekarang ni. Inilah juga antara 'big why' saya nak serius cari pendapatan dari rumah. Misi 2018 ada pendapatan tetap dari rumah.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...