Wednesday, 1 November 2017

Sembang Petang

Saya duduk di bangku taman permainan sambil memegang Nisrina. Nisrina duduk tak berganjak dari atas ribaan saya. Saya tahu dia tak selesa di tempat terbuka begitu. Mungkin dia rasa kurang selamat.
Suami bangun dan maklumkan nak pergi ke gerai paling hujung di pasar malam. Nak beli ikan masin. Saya duduk di kerusi sambil memerhati anak-anak bermain di taman permainan. Di sebelah saya duduk seorang pakcik tua sambil menghembus-hembus asap rokok.
Bukankah taman permainan antara kawasan larangan merokok? Pakcik tersebut masih merokok menghembuskan asap berkepul-kepul. Melihatkan muka saya yang tak selesa, beliau bangun dan menghabiskan sisa rokok beliau di satu sudut yang jauh dari kawasan permainan tersebut. Alhamdulillah nampaknya dia peka dengan melihat muka tak puas hati saya.
Tak lama kemudian datang seorang wanita tua menghampiri saya. Melemparkan senyum dan menghulurkan tangan tanda hendak beramah mesra. Wanita tersebut duduk disebelah saya. Rupanya lelaki tua yang merokok tersebut adalah suami beliau.
Tak berapa lama lepas tu suami datang ke tempat saya duduk.
"Beli ikan masin pun dah rm6.00" Kata suami sambil menunjukkan ikan sepat masin yang dibelinya
"Biasalah sekarang ni mana ada barang murah" Sampuk makcik yang duduk di sebelah saya.
Saya senyum mendengar jawapan makcik tersebut.
"Halia awak dah belikan tengahari tadi?" Saya tanya suami
Sambil makan buah potong yang saya beli dia menjawab " Tak tengok ke tadi? Tengahari tadi masak guna apa?
"Tengahari tadikan saya bakar ikan je, mana ada guna halia. Saja je nak tanya awak.. Hehehe" Saya menjawab persoalan suami.
" Biasalah kita ni nak masak ringkas-ringkas. Makcik pun selalu masak mudah-mudah je.. Bakar ikan cicah dengan kicap, patahkan lada. Lauk macam tu lagi sedap" Makcik yang duduk disebelah saya tadi menyampuk.
Saya mengiyakan sahaja, memang betul pun.Saya pun jenis tak suka berlama-lama di dapur. Jadinya menu paling senang dan kegemaran semua pastinya ikan bakar salah satunya.
Sembang punya sembang rupanya makcik tu suami isteri adalah peneroka felda. Lebih tepatnya datang dari Felda Linggiu. Puas dicerita panjang lebar jalan nak ke sana. Saya dengar sambil angguk-angguk. Tapi sebenarnya memang tak tahu. Mujur suami ada sekali sembang, dia cekap sikit bab-bab jalan ni.
Yang menarik pakcik tu bercerita Felda Linggiu ni adalah antara Felda yang terbesar. Ada lebih kurang 500 orang peneroka. Dan yang istimewanya penerokanya ada dari bangsa Cina dan India selain Melayu . Jumlah peneroka Cina dan India hampir sama banyak iaitu lebih kurang 100 keluarga Cina dan 100 keluarga India dan selebihnya Melayu. Biasa dengar peneroka Felda adalah Melayu, tak sangka ada jugak dari bangsa lain.
Seronok menyembang dengan orang tua-tua ni. Macam-
macam disembangnya.. Memandangkan hari dah lewat petang masing-masing meminta diri untuk balik.
Romantik pulak pakcik dan makcik tu dah tua-tua jalan pimpin tangan. Kami balik pimpin anak sambil jinjit plastik berisi keledek dan ikan masin. Hehehe
Sekian cerita sepetang di Pasar Malam Bandar Tenggara.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...