Wednesday, 1 November 2017

Jalan-jalan Kota Tinggi

Setelah puas berkelah dan bermain pasir pantai, kami singgah solat di Masjid Al Hadi Kampung Makam Kota Tinggi. Terletak di pesisir Sungai Johor dan banyak kubur- kubur lama di situ. Mungkin disebabkan itulah kampung ini dinamakan Kampung Makam. 

Perjalanan dari Bandar Kota Tinggi hanya mengambil masa 10 minit. Dari pembacaan saya  dahulu sumber pendapatan masayarakat di situ adalah nelayan. Tetap kebanyakkan sekarang samada bekerja kerajaan atau swasta. Ada juga yang bekerja sendiri. Hujung jalan berdekatan Masjid Al Hadi adalah tebing Sungai Johor. Selesai solat Zohor, kami singgah ziarah Makam Sultan Mahmud. Kisah Sultan Mahmud mangkat di julang ni antara kisah klasik yang di filemkan. 

Sultan Mahmud ni mengikut kisahnya mangkat ditikam dengan keris oleh Megat Sri Rama ketika dalam perjalan menunaikan solat Jumaat. Ketika itu, Sultan Mahmud di ats julangan. Mengikut ceritanya Sultan Mahmud dapat menikam kembali Megat Sri Rama dan bersumpah keturunan Megat Sri Rama yang berasal dari Bentan akan muntah darah sekiranya memijak bumi Kota tinggi. Megat Sri Rama sebagai Laksamana telah meninggalkan isterinya Dang Anom yang sarat mengandung untuk berjuang mempertahankan tanah air. Dalam masa yang sama Dang Anom yang sedang mengandung amat teringin memakan nangka.  


Di jadikan cerita Dang Anom telah memakan nangka kepunyaan Sultan. Sultan yang amat murka telah menghukum bunuh Dang Anom. Megat Sri Rama tentulah sedih sudahlah pergi memertahankan tanah air , taat dan setia kepada Sultan, kerana kesilapan kecil isterinya yang sedang mengandung di hukum mati. 




Begitulah kisahnya Sultan Mahmud mangkat di julang. Banyak kubur-kubur lama lain berdekatan makam Sultan Mahmud. Mungkin makam-makam kerabat di raja juga. Ada kubur yang tidak bertanda. Tidak di ketahui kubur siapa.

Melepaskan lelah setelah penat sakan semua bermandi laut, kami singgah warung berdekatan untuk membasahan tekak. Warung kecil yang dijaga seorang kakak bermuka manis. Saya bertanyakan menu yang ada . Hanya ada karipap panas dan mee rebus. Saya minta lima biji karipap. Dua karipap daging dan tiga karipap ayam. 



Bila sampai anak -anak berebut, ada yang nak karipap daging, ada yang nak karipap ayam. Biasalah budak-budak. Bila makan semuanya rasa kentang. Tak ada beza antara karipap daging dan karipap ayam. Walaupun warung kampung, harganya boleh tahan juga. Sebiji lima puluh sen. Gelak jelah kami beramai-ramai.

Kami singgah juga Makam Bendahara Tun Habib. Tak turun pun dari Kereta. Hanya tengok dari dalam Kereta dan sedekahkan Al Fatihah. Memang banyak betul kubur-kubur lama di Kampung Makam ni. Kisahnya Tun Habib ini adalah Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II. Akhirnya menaiki takhta Johor menjadi Sultan.


Akhir sekali kami singgah ke Makam Megat Sri Rama dan isterinya Dang Anum. Makam mereka terletak di Kampung Kelantan di Pesisir Sungai Kota Tinggi.  Kawasan tersebut juga terdapat beberapa kubur lama yang tidak bertanda. Disebabkan terletak berdekatan sungai. Kawasan tersebut memang menjadi tumpuan kaki pancing. Semasa kami datang boleh dikatakan ramai jugak orang yang datang memancing. Aklumlah cuti umum, semua orang ambil peruang untuk beriadah. Eh! Memancing sejenis riadah ke hehehe.

Alhamdulillah puas berjalan anak-beranak walaupun kawasan berdekatan je,yang penting masa yang berkualiti untuk keluarga. Jalan-jalan dengan anak ni, mulut mak-mak ni kena ringanlah juga bertanya macam-macam, terangkan dan ceritakan ksah-kisah yang berkaitan yag boleh diambil ibrahnya. Bercerita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dan kaitkan dengan pantai, sungai, langit bumi. Atau apa-apa jua yang boleh kita cerita. Inilah juga proses belajar untuk mereka.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...