Semalam kami pergi kebun sayur lagi. pergi melawat arnab kami yang kami letakkan di sana. Lebih kurang dua minggu yang lepas masa kami pergi , seekor ibu dah beranak 6, seekor lagi dah beranak 4. Masa kami datang tu anak-anak arnab tu lebih kurang dalam 2 minggu umurnya.
Semalam kami datang anak-anak arnam tu dah besar. Coeml sangat. Tetapi tinggal 7 ekor, yang lain. Lepas tu rupanya ibu arnab ni beranak lagi 6 ekor. Tapi pekerja kebun sayur tu beri tahu semuanya mati.
Kesian, beranak rapat sangat agaknya tak sempat jaga anak. Mula-mula cadangnya nak ambil anak-anak arnab tu seekor dua nak pelihara di rumah. Tetapi memikirkan dah hujung tahun dan cuti sekolah nanti takut kami jarang ada dirumah. Susah pulak kalau ada pelihara binatang, tak ada orang nak beri makan nanti.
Beberapa kali kami ke kebun sayur tu, pekerja kebun sayur tu ajak kami masuk ke rumah mereka. Kami menolak tak nak menyusahkan mereka. Hajat datang nak tengok arnab kami je tapi tapi setiap kali balik mesti ada buah tangan dari mereka. Puas kami menolak , akhirnya kami bawa balik jugak setelah didesak.
Sebelum datang semalam kami belikan gula pasir, kopi dan bawakan jajan-jajanan yang anak-anak dapat semasa sambutan hari jadi di PASTI mereka minggu lepas. Saya pula buatkan sebekas besar cekodok pisang untuk mereka.
Akhirnya semalam kami mengalah bila diajak beberapa kali untuk minum air kami masuklah jugak minum air. Mereka hidang air teh o yang bersama tempeyek yang saya rasa dibawa dari seberang. Berbeza budayakan, makanan pun berbeza. Tempeyek yang dihidang memang jenis dibuat keras. Yang lagi terkejut jumpa kepala ikan bulu ayam dalam tempeyek tu. Hahahaha terus terbantut selera.
Dihidangkan juga semangkuk besar pengat ubi kayu. Kalau ikut selera memang tak lalu nak makan, sebab tahu dah mesti manis leting, tapi disebabkan keramahan isteri mereka mengajak makan,( ada yang baru sampai dari Jawa melawat suami) saya suaplah sikit buat jamah-jamah. Huhuhu memang tak boleh makan sangat sebab manis yang amat. Mereka kerja kuat, air manis, makanan manis memang tak ada masalah kot. Kami anak beranak memang tak boleh nak masuk tekak.
Balik semalam tak sah kalau mereka tak beri buah tangan. Alhamdulillah dapat 3 biji betik, nangka muda buat sayur dan sawi bunga.
Belajar perkataan baru hari ni tiwol maksudnya nangka muda. Hari ni masak gulai lemak tiwol. Petang nanti boleh bawakkan emak yang ada di rumah adik baru balik bercuti. Memang lauk kegemaran emak, nangka muda masak lemak ni.
Depa ni memang kuat kerja. Makan pun ala kadar sangat bukan macam kita lauk beriya-iya. Agaknya pagi-pagi dah makan nasi sebab kerja beratkan. Orang sini pun rasanya tak mampu kerja sekuat mereka. Gaji mereka bukanlah besar manapun. Tapi tiap-tiap bulan boleh hantar ke kampung memang jenis makan ikat perut.
Saya beritahu anak-anak kena bersyukur sebab abi kerja hari-hari balik rumah, makan pakai cukup. Pakcik -pakcik tu kena kerja kuat, anak-anak pun tak jumpa. Nak hibur-hiburkan hati aktiviti mereka memancing, bela arnab, bela itik. Bagi anak berfikir dan umminya ni insof sikit.
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih ?
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih ?
No comments:
Post a Comment