Friday, 3 November 2017

Salahuddin Bakery Jalan Dhobi


Petang semalam saya ikut suami ke JB. Kami ke pusat servis telefon, menghantar telefon suami yang rosak screennya untuk di baiki. Alang-alang ke sana kami ronda-ronda sekali sekitar JB.

Boleh tahan juga menghadap jem. Sejak pindah Kulai jarang sangat berasa jem yang melekat ni. Suami meletakkan kereta berhampiran Kotaraya dan kami berjalan kaki ala-ala pelancong di sekitar tersebut.

Singgah ke Salahuddin Bakery Jalan Dhobi, terkenal dengan roti yang di bakar secara tradisional menggunakan dapur arang. Kedai roti ni dah wujud sejak tahun 1937 lagi, hebat! Begitu lama bertahan. Saya beli bun kelapa dan bun kacang merah. Rotinya agak padat, Alhamdulillah makan sebuku dah kenyang.

Dapatlah tengok dapur arang yang digunakan untuk membakar roti. Sedang beratur untuk bayar, saya nampak suami mengangkat telefon dan menghala ke arah saya. Lagaknya sepertgin Saya pun pandanglah kamera handphone dengan penuh senyuman dan keyakinan gambar saya sedang dirakam.

Menyusur sepanjang Jalan Dhobi, kebanyakkan bangunan masih bangunan lama. Rekabentuknya dikekalkan. Inilah salah satu tarikan pelancong. Walaupun tidaklah sehebat Melaka. Singgah minum di sebuah Kopitiam. Melihatkan menu-menunya memang terliur jadinya, tapi kami memilih untuk order air sahaja, jimat duit katanya. Teringatkan gambar yang diambil oleh suami tadi, saya pun bagitahu suami nak pinjam handphone untuk lihat gambar-gambar tadi

"Saya nak tengok gambar yang awak ambil tadi." Dengan muka teruja saya beritahu suami, maklumlah nanti kononnya bolehlah buat modal nak mengarang.

"Tak banyak pun ambil gambar tadi" Kata suami sambil menghulurkan telefon barunya kepada saya. (telefon yang lama screen rosak dan sedang dibaiki)

Belek-belek gambar, maka fahamlah saya, sebenarnya saya perasan sendiri hehehe. Gambar-gambar yang ada adalah gambar suami sedang berswafoto berlatarbelakangkan dapur arang. Sangatlah perasan ada orang nak ambil gambar. Punyalah meleret senyum, ingatkan ada orang ambil gambar.

Kalau bukan sebab ada urusan ke JB ni, memang kami pun tak sampai ke bakery ni. Pernah terbaca bakery ni antara tempat yang patut di lawati kalau ke JB. Singgahlah sekejap, sekurang-kurangnya kalau orang bercerita kita taulah hujung pangkalnya. Tapi kalau tanya jalan memang saya tak tahu.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...