Monday, 21 August 2017

Suami Cuti

Saya jarang sangat dapat keluar rumah pagi-pagi. Sejak jadi surirumah, dunia sehari-hari waktu pagi hanya di rumah bersama 2 orang anak kecil.
Pagi ni usai solat subuh rutin biasa masuk dapur nak siapkan sarapan untuk anak-anak. Suami jerit dari dalam bilik.
"Ummi, tak payah buat sarapan pagi ni, kita sarapan luar" Sedikit menjerit sebab kedudukan dapur dan bilik sedikit jauh.
Oh bahagianya rasa bila sesekali dapat sarapan di luar. Saya bersiap-siap dan siapkan anak-anak yang nak ke sekolah lepas tu semua masuk kereta.
Sampai kedai untuk sarapan. Boleh tahan ramai jugak orang yang sedang bersarapan. Lebih dua tahun duduk di sini ramai jugak orang-orang sini yang suami kenal.Tengah-tengah suap makan sekejap-sekejap ada yang tepuk bahu hulur tangan dan salam. Ada yang angkat tangan bertegur sapa sambil membeli.
Kereta motor bersimpang siur yang hantar anak ke sekolah, yang nak pergi kerja, yang mencari lauk dan macam-macam lagilah aktiviti pagi di sini.
Tengok jam di kedai baru pukul 7. 40 pagi , pesan pada anak-anak makan cepat-cepat nanti lambat ke sekolah. Beberapa minit berlalu toleh jam di dinding kedai , eh pukul 7.40 pagi lagi. Biar betul.
Suruh suami tengok jam di tangan beliau, dah hampir pukul 8 pagi rupanya.
Sungguh tertipu dengan jam di kedai tu. Lepas bayar terus hantar anak ke sekolah. Sampai sekolah pengawas dah tunggu depan pintu tunggu murid yang lewat.
Pengawas tak pandai tulis lagi macamana nak ambil nama murid yang lewat hehehe. Sebenarnya hari-hari anak-anak saya ni lewat ke sekolah. Biasa 5 minit lagi nak pukul 8 baru keluar rumah memang haruslah lewat.
Balik hantar anak sekolah singgah beli lauk. Suami beli ikan tuka, nampaknya menu hari asam pedas lagi. Ok habis dah satu jam yang pertama pagi ni dengan semua aktiviti ni.
Rutin surirumah apa lagi, itulah dia. Ambil masa setiap pagi untuk membaca, buat aktiviti dengan anak. Sikit-sikit berlatih menulis. Nak aktifkan otak, susun jadual untuk lebih maju dan tersusun

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...