Nuruddin dan Nu'man sedang bergaduh sambil terjerit-jerit, kes berebut roti yang saya dah belikan sorang satu padahalnya. Keletah anak-anak dalam hati geram juga saya kerana ada mata-mata yang memandang saya dan melihatkan anak yang bergaduh. Nisrina dalam dukungan saya sedang meronta-ronta mahu dilepaskan. Alahai budak baru masuk 8 bulan ni di mana ajalah ummi nak lepaskan kamu merangkak dalam pasaraya besar ni. Nublah pulak sedang menarik muncung 14 depa merajuk kerana minta buku saya tak belikan. Bukan tak sokong minat dia kepada buku tapi hari lahirnya yang ke 6 tahun, 2 Julai yang lalu saya baru belikan 3 buah buku yang masih belum habis dibacanya.
Suami sedang beratur membeli air untuk kami basahkan tekak setelah hampir sejam kami berjalan-jalan di dalam Aeon Kulai membeli serba sedikit barang rumah yang sudah kehabisan. Setiap kali bila keluar bersama anak rasa macam serik nak bawa semua berjalan dengan kerenah masing-masing. Tapi kalau hanya duduk terperuk di rumah tak keluar saya yang jadi beku.
Benda mudah macam ini pun nak jadi dilema pada saya. Tak usahlah fikir detik saya dalam hati. Dah namapun budak biarlah mereka. Biarlah orang nak pandang- pandang pun asalkan tak ganggu orang. Saya menyedapkan hati.
Bersebelahan meja kami ada seorang nenek dalam lingkungan 70 an saya jangkakan umurnya. Bersamanya seorang gadis sunti bersekolah rendah. Masih beruniform sekolah mungkin baru balik dari sekolah gayanya. Tak lama lepas tu datang seorang wanita dalam lingkungan umur 40 an. Duduk sambil membawa 2 cawan berisi kopi panas. Sambil mencicip kopi panas dan roti saya terdengar-dengar perbualan mereka anak beranak.
"Mak kalau ikan pari sedap masak apa mak?" Terdengar jelas di telinga saya pertanyaan wanita tersebut kepada wanita tua yang duduk semeja dengan beliau.
"Ikan pari masak asam pedaslah kalau sedap. Kalau tak pun bakar cecah air asam" Jawab wanita tua tersebut.
" Lama dah tak makan ikan pari mak.Jarang beli ikan kat pasar, susah nak jumpa ikan pari kalau tak beli ikan kat pasar" Balas wanita tersebut sambil tangannya sibuk mengoyakkan plastik roti untuk anaknya.
" Mak suka ikan pari masak asam pedas, lama dah tak makan. " Saya memasang telinga lagi perbualan mereka dua beranak. Seronok melihat keakraban mereka. Bersembang hal dapur dengan 'emak-emak memang mengujakan.
Saya mencuri-curi dengar perbualan 2 beranak ini hinggalah suami sampai dengan membawa 2 cawan air dan akhirnya suara perbualan mereka tenggelam dalam keriuhan jeritan anak-anak melihat kelibat Abi mereka.
Anak-anak saya yang sedang meikmati roti kembali bergaduh, bila yang abang mencubit sedikit roti si adik. Si adik menangis tak boleh terima rotinya telah di cubit.
Jika sebelum ini rasa gelegak di dada melihat mereka bergaduh. Melihatkan keakraban keluarga kecil disebelah saya menjadikan saya lebih rasional menangani anak-anak.
Bagaimana kita dilayan semasa tua nanti adalah hasil layanan kita kepada anak-anak semasa membesarkan mereka. Begitu juga jika kita tidak mahu aib kita dijaja anak-anak semasa kita tua. Kita sebagai ibu bapa tidak sepatutnya menceritakan aib anak-anak kepada orang lain.
Allah menghadirkan teguran untuk kita dengan pelbagai cara. Cakna dengan perkara sekeliling kita dan mencari ibrah darinya mampu menjadikan kita insan yang berfikir dan positif seterusnya bertindak mengikut apa yang telah kita fikirkan tersebut.
Jauh lagi perjalanan saya membesarkan anak-anak. Ini baru cabaran untuk 6 tahun pertama. Belajar dan terus belajar.

No comments:
Post a Comment