Monday, 21 August 2017

Pucuk Paku

Penghujung 80 an, awal 90 an itulah zaman kanak-kanak saya. Masa tu kampung saya masih lagi kampung dengan kebanyakkan rumah masih lagi rumah tradisional Johor.
Masih banyak lagi kebun dan dusun. Lembu, kambing berkeliaran, angsa yang bebas selalukan menakutkan takut di sudu. Masih kekal dalam ingatan aktiviti mencari sayur kampung dalam kebun.
Pucuk cemperai,pucuk paku,memetik pucuk ubi. Kaki tangan berbirat kena pokok berduri, digigit nyamuk. Aktiviti budak kampung yang membesar secara tradisional.
Zaman kanak-kanak membesar dengan tanpa rasa ketakutan bebas bermain pasir, lumpur, longkang. Menangkap rama-rama, labah-labah, pepatung dijadikan haiwan peliharaan. Balik rumah menjelang maghrib menadah telinga menahan leteran.
Kesian anak-anakku bermain depan rumah pun puas diperhati. Dunia kini tak boleh dipercayai.
Kalau dulu terasa bosan makan sayur kampung. Nikmat itulah yang dirindu sekarang. Dulu mungkin tak senang tapi nikmat Allah beri dari sekeliling alam.
Sekarang pendapatan lumayan pun tak ada yang percuma. Huhuhu nasib badan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...