Friday, 18 August 2017

kreatif

Siapkan karipap untuk sarapan hari ni. Sebagaimana kreatifnya anak-anak bermain dengan penggelek ummi.
Ummi pun terpaksa jadi kreatif bila nak guna penggelek cari tak jumpa.
Salah satu kehidupan praktikal orang-orang yang kreatif adalah mampu menghadapi pelbagai masalah yang sukar dan keadaan yang tidak menentu.
Ni salah satu daripada tiga belas point yang saya baca dari buku 30 Panduan Meledakkan Kreativiti : Kreatif atau Mati.
Kalau mencari kesempurnaan dalam nak buat sesuatu alamatnya memang tak buatlah. Saya beri peluang Nublah buat sama-sama dengan saya. Nu'man dan Nuruddin gunakan plasticin. Ni salah satu cara nak bina keyakinan diri dia jugak. Sebab kita sebagai orang tua percaya kemampuan dia.
Anak-anak kecil memang sukakan cabaran, mencuba perkara yang baru dan buat macam-macam perkara. Kadang-kadang memang boleh mendatangkan kemarahan. Tapi kemarahan kita sebenarnya akan membantutkan kreativiti anak-anak.
Biasanya yang jangan tulah yang mereka nak buat. Tapi bila baca buku ni, sebenarnya itu semua adalah ciri-ciri orang kreatif. Kerana orang kreatif akan suka cabaran, mencuba perkara baru dan melakukan pelbagai perkara.
Kalau kita nampak anak kita gembira bermain, itu sebenarnya ciri-ciri orang kreatif jugak kerana orang kreatif akan berasa gembira ketika melakukan pekerjaan yang memberi peluang kepadanya untuk berkreativiti.
Jadinya bertabahlah dengan anak-anak yang baru nak mengenal dunia ni. Bermula dengan dunia kecil mereka dirumah.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...