Rancang tahun ni tak nak belikan baju melayu anak-anak lelaki. Saya keluarkan balik baju-baju melayu mereka, suruh 2 orang bujang tu cuba, nampaknya semua dah senteng, nak kenakan butang pun tak lepas
🙂. Akhirnya ambil keputusan belikan jugak seorang sepasang baju melayu.
Belikan baju dah siap di Kota Tinggi. Harga mampu milik dan kualiti boleh tahan. Syurga kain baju jugak Bandar Kota Tinggi ni. Tahun lepas kami pergi waktu malam, sedaplah sikit nak berjalan. Tahun ni pergi hari siang, memang menduga kesabaran jugaklah bawak anak-anak. Nuruddin pantang nampak jualan mainan di kaki lima semua dimintanya. Dengan mendukung Nisrina yang boleh tahan berat mencabarlah jugak.
Rupanya peniaga-peniaga ni ramai orang Kemboja. Macamana saya tahu sebab di Muar pun ada bazar baju macam tu dan memang peniaganya boleh kata semua orang Kemboja. Banyak pilihan baju di sana harga memang boleh tahan, tapi nak kata kualiti butik memang tidaklah. Itu semua tak penting yang penting selesa dan anak-anak suka. Saya bukanlah tergolong dalam golongan ibu-ibu yang excited merencana pemakaian anak-anak dan suami bertema atau sedondon. Ada masa tersama semua Alhamdulillah. Ada masa pakai sahaja apa yang ada.
Begitu juga pakaian kasual anak-anak, walaupun pergi bersama suami dan anak-anak, biasanya suami yang akan pilih dan belikan baju untuk anak-anak dan saya akur. Kalau dulu waktu bekerja, saya keluar jugak duit sendiri belikan baju anak-anak, bukan apa , sebab zaman tu memang suka cuci-cuci mata di AEON AU2, lantas tercuci poket sekali. Itu semua kenangan lama.
Sejak berhenti kerja, saya lebih berhati-hati bila berbelanja, kerana memang mengharapkan duit poket suami. Saya sendiri tiada keinginan nak beriye-iye beraya. Cukup sekadar apa yang ada. Hari Raya memang saya nantikan kerana saya boleh berehat dari rutin seharian saya sebagai surirumah. Melapangkan fikiran berjumpa sahabat dan saudara mara dan menghiburkan hati sendiri.
Menggembirakan hati isteri dengan hadiahkan sepasang baju atau tudung baru sempena Aidilfitri tidak menjadikan seorang suami itu miskin. Lain kegembiraannya bila mendapat hadiah pemberian orang berbanding membeli sendiri.
Bulan Ramadan yang mulia ini tidak rugi kita bersedekah lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga kita sendiri. Didik diri kita untuk membahagiakan orang lain juga. Dengan cara bersedekah dan mengingati orang yang lebih susah dari kita.
Hargai orang lain jika ingin diri kita di hargai

No comments:
Post a Comment