Saturday, 3 June 2017

Safety Harness perlu guna atau tidak untuk anak kecil.


Saya suka-suka masuk give away  seorang adik kfrafter yang membahasakan diri Mak Iti. Hasil kerjanya memang cantik dan kemas. Salah satu hasil seni tangan adik ni adalah safety harness ni. 

Safety harness ni digunakan untuk anak-anak sebagai langkah keselamatan agar anak tak hilang dalam kelompok orang ramai. Biasa kita dengarkan kes anak hilang

Perlu atau tudak penggunaan safety harness ni  pada anak-anak? 

Pada saya ikut pada  keperluan ibu bapa itu sendiri, samada memudahkan atau masih boleh memantau sendiri. Pengalaman saya sendiri anak sulong pernah hilang sekali, anak kedua lebih dua kali pernah hilang, ke tiga pernah sekali hilang. Hilang tu bukan lama pun tak sampai setengah jam. Jadi pada saya tengok pada situasi dan suan

Tapi yang paling kronik anak ke dua, sebab dia memang suka berjalan sendiri lepas tu lari-lari ikut suka dia. Pertama kali dia hilang sewaktu Kembara Mahkota Johor yang singgah ke Felda Taib Andak tahun lepas. Kami suami isteri tengah ralit tengok pameran-pameran yang ada. Dia boleh buat hal sendiri lepas tu cari kami tak jumpa. Cemas jugaklah kami waktu tu. Tapak pameran waktu tu dahlah besar. Alhamdulillah tak lama lepas tu nampak petugas RELA tengah pegang dia sambil bersedia nak buat pengumuman. Muka Nu'man nampak pucat ketakutan sedang menangis sampai merah-merah muka.

Kejadian kedua sewaktu kami pergi beli barang di Aeon Kulai. Masa tu saya dibahagian bawah, bahagian barang dapur. Suami dan Nu'man naik ke bahagian pakaian lelaki. Saya ada terdengar pengumuman tentang budak hilang dan tak menjangkakan yang hilang adalah Nu'man. Bila dah naik ke atas baru suami cerita Nu'man hilang siap boleh duduk di kaunter sambil makan jajan orang kaunter beri. 

Kejadian yang terbaru anak nombor tiga hilang semasa kami pergi pasar malam Bandar Tenggara. Suasana pasar malam yang penuh dengan orang ramai kalau terlepas pandang sekejap pun memang boleh hilang. Waktu tu saya membeli putu mayam dan sedang beratur sambil mendukung Nisrina. Anak yang sulong dan yang ke dua berdiri di sisi saya. Suami sedang memilih-milih barang dapur. Bila ditanyakan mana Nuruddin semua cakap Nuruddin dengan Abi. Dari jauh saya nampak suami hanya seorang. 

Ha sudah ke mana pulaklah si Nuruddin ni. Cari-cari Nuruddin rupanya dia dah terlepas berjalan sendiri lajak ke depan sikit. Nampak sorang pakcik pegang tangan dia sambil mata pakcik tu melilau cari orang. Alhamdulillah hilang tak lama dan berjumpa dengan orang yang baik. Pakcik tu siap pesan, jaga nak baik-baik.

Saya nampak  ada relevannya jugak safety harness ni kalau berjalan-jalan kawasan  orang ramai dan tertumpu seperti pasar malam. 

Alhamdulillah atas rezeki yang tak di duga ini. Terima kasih kepada adik Fatimah @ Mak Iti atas hadiah ni. 

Semoga di murahkan rezeki adik ye



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...