Tuesday, 20 June 2017

Catatan 26 Ramadan

Saya tanya suami berapa hari dapat cuti raya.
Suami jawab kita balik kampung sampai hari khamis. Angkat tangan keluarkan jari dan saya ajak Nuruddin anak ke tiga saya kira 
1
2
3
4
5

 Alhamdulillah cuti 5 hari. Jadi sepanjang cuti 5 hari ni kami berulanglah antara kampung suami dan kampung saya. Kami suami isteri orang  Muar, tapi lain kampung. Jarak antara kampung saya dan kampung suami lebih kurang 20 minit kalau naik kereta. Sehari sana sehari sini memang itu yang kami amalkan sejak awal kahwin. Penat tapi Alhamdulillah seronok,  menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak.
Cuti panjang jugak ni,  jadinya banyaklah jugak baju nak kena bawak dan kemas. Saya mula kemas baju sikit-sikit supaya tidak terkocoh-kocoh di saat akhir. Anak-anak pun dah excited nak jumpa nenek dan mak atuk serta sepupu-sepupu mereka.

Hari ni kami ada jemputan berbuka puasa di PASTI anak-anak. Alhamdulillah tak perlu memasak petang ni. Tinggal 2 hari nak berbuka di rumah iaitu hari khamis dan jumaat. Saya dan rancang dah nak masak apa 2 hari ni dan boleh terus kemaskan peti sejuk.
Untuk berbuka semalam saya buat sambal tempe dan petola masak air .Tak ada menu lain. Bukan tak nak masak memamg tak ada apa nak masak, suami kata kita makan simple-simple je. Saya ok je sebab itupun dah sedap.
Anak-anak tengok meu berbuka semua merungut 

"Ummi kenapa tak ada ikan ke, ayam. Mana sedap nak makan" Omel Nublah yang baru belajar-belajar nak berpuasa.
"Ini pun rezeki. Tak boleh nak makan sedap je selalu. Ada orang nak berbuka pun tak ada apa nak makanan" Saya cuba pujuk Nublah 

Senyap semuanya sambil menarik muka. 
Dalam pukul 7 lebih sikit kami dah duduk menghadap juadah sambil menunggu waktu berbuka.Tiba-tiba terdengar pintu rumah di ketuk. Anak-anak meluru berlari ke pintu berebut nak buka pintu. Bila pintu di buka, ank lelaki jiran berdiri di depan pintu sambil memegang sepinggan juadah.

'Wah! Ayam!" Anak bersorak
"Hai ummi, bagitau orang ke kita tak ada lauk" suami saya mengusik.
"Pandailah awak, ni rezeki Allah yang beri tau.. Allah dah atur, tak ada yang kebetulan." Saya jawab.
Anak-anak senyum nampak ada lauk ayam masak merah.

Cantik aturan Allah. Tak ada yang kebetulan. Allah menghantarkan rezeki untuk kami sekeluarga dari jiran tetangga. Selalu kalau berbalas juadah pun biasanya kuih muih , tak pernah lagi beri lauk. Tapi di hari kami memang tak ada lauk, Allah aturkan orang lain yang beri lauk kepada kami. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...