Anak-anak ajak buat kuih raya, saya layankan sahaja tapi bukan untuk hidangan tetamu yang datang, sebab anak-anak yang nak buatkan tahu-tahuj elah hasilnya nanti. Lebih kepada makan sediri je. Saya percaya semua orang ada memori buat biskut raya dengan emak masing-masing. Maklumlah zaman-zaman kita kecil-kecil dulu semua buat sendiri. Rasanya ingat lagi ikut emak beli barang buat kuih dalam RM60 ringgit dapat macam-macam satu troli bahan asas buat kuih.
Zaman sekarang butter dua ketul pun dah berbelas ringgit. Menangis bucu kedai melihat harganya.
Ini adalah antara moment yang terpahat kekal dalam ingatan saya. Awal-awal dulu bakar biskut dengan oven butterfly. Lepas oven rosak, mak guna periuk sebaguna yang bakar atas dapur gas. Letak pasir bawahnya dan alas dengan tudung periuk. Tugas saya dan adik Sahidattul Noor tukang sapu telor dan letak ceri. Dah masak emas sorok siap-siap sebab takut kami habiskan. hahaha. Biasanya emak akan buat kuh makmur, biskut dahlia atau semprit, dan tart nenas. Sehari dua sebelum raya akan buat kek pulak. Malam raya kami akan keluarkan balang-balang kuih raya dan susun kuih untuk di letakkan atas meja.
Bila dah besar sikit emak benarkan kami bereksperimen sendiri. Buku resepi mak satu beg kertas, yang salin tangan, yang potongan majalah semua ada. Salinan tangan tu ada yang hasil tulisan kami adik beradik. Sayangnya semua dah hilang kot sebab kamilah jugak tak pandai nak jaga. Bila-teringat-ingat balik buku-buku resepi tu, sayangya lahai. Zaman sekarang nak cari resepi google je semua ada.
😉
Dah namanya pun eksperimen ada masanya kami buat kuih tak jadi, kami akan sorok-sorok buang takut kena mara , memang bukti lupus tanpa di kesan
🙂. hahaha. Sekarang bila anak-anak ajak buat kuih raya saya rasa ini salah satu peluang saya mencipta kenangan bersama-anak-anak. Sebab sayasendiri sehingga sekarang masih segar dan mekar kenangan kami membuat kuih raya bersama emak. Biarpun rasa berasap nak mengemas bersepahnya lepas tu.
Semalam kami buat biskut semperit. Ada sorang budak tu terlebih excited butter yang dah cair di suhu bilik di tepek-tepeknya atas lantai. Butter pure dahlah mahal anak oi.. Sabau jelah. Ummi amik barang buat kuih pun berkira-kira takut kena sound dengan pemodal.
😌
Hari ni dah merengek, memujuk merayu ajak buat biskut raya lagi. Layankan jelah.. ini pun proses belajar jugak namanya .Sama-sama belajar.
No comments:
Post a Comment