Kami berbuka puasa di PASTI anak-anak. Ada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya untuk para pelajar. Majlis bermula jam5 petang hingga 8.30 malam.
Nublah dan Nu'man excited bukan main bila cikgu kata siapa yang datang dapat duit raya. Balik sekolah awal jam 11 pagi, lepas zohor dah siap-siap mandi pakai baju cantik nak ke PASTI.
Suami balik kerja jam 4 petang, rehat-rehat sekejap dan kami bersedia ke PASTI. Surat dari sekolah dah maklumkan jamuan akan disediakan oleh pihak sekolah namun mengalu-alukan sumbangan kuih muih atau makanan lain daripada ibu bapa. Saya yang mulanya merancang tidak mahu bawa apa-apa, akhirnya singgah juga ke gerai belikan karipap 30 biji sebagai sumbangan. Bila cikgu tulis surat galakkan ibu bapa sumbangkan makanan pada saya itu pilihan ibu bapa samada nak beri sumbangan atau tidak.
Tapi bila di sekolah cikgu tanya sorang-sorang anak murid , mak awak bawak apa petang nanti,Nublah dah sibuk suruh bawak makanan untuk majlis berbuka. Saya secara peribadi tidak berapa bersetuju dengan budaya 'pot lak' lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Kebiasaanya akan menjurus kepada pembaziran. Ini juga yang berlaku di majlis berbuka puasa tersebut.
Pihak PASTI telah sediakan hidangan nasi putih,ayam bakar, ayam masak merah, kambing aqiqah, dalca, 2 jenis kuih, buah-buahan, mee hon goreng dan 3 jenis air (air sirap bandung, teh o dan air mineral). Pada saya ini sudah lebih dari cukup untuk majlis berbuka puasa. Saya masih ingat majlis berbuka puasa pejabat Yb anjurkan untuk staf, pihak pejabat YB hanya sediakan nasi minyak dengan sejenis lauk, buah tembikai dan air panas. Bila Pengurus Pejabat ADUN cadangkan staf yang lain pot lak makanan yang lain, YB tak bersetuju kerana akan membazir. Di situ saya belajar, sifat sederhana seorang YB yang tidak berlebih-lebih dalam soal jamuan.
Berbalik pada majlis berbuka puasa tadi, bila masing-masing ibu bapa setiap pelajar juga menyumbang makanan, majlis berbuka puasa ini penuh dengan lambakan makanan. Lapar orang berpuasa setara manalah mampu makannya. Sedih melihat makanan yang bergelimpangan. Kami balik awal selepas berbuka puasa jadi tak tahu kesudahan dengan makanan yang banyak tersebut.
Hajat di hati saya memang nak menunggu hingga ke akhir majlis, tetapi Nisrina meragam dan menangis tak berhenti membuatkan saya tak selesa nak berada di dalam majlis tersebut dan saya sendiri tidak boleh fokus kepada aturcara majlis yang berjalan. Anak-anak sedikit kehampaan kerana tak dapat duit raya dari cikgu. Nak duit raya sudah tentulah kena tunggu hingga ke akhir majlis. Nampaknya bukan rezeki mereka malam tu
Bila dah menangis tak berhenti sejak datang sampai waktu berbuka, saya risau orang lain jadi tak selesa. Jadinya saya ambil keputusan balik awal. Berbuka pun ala kadar je walaupun macam-macam hidangan yang. Makan tanpa perasaan.
Alhamdulillah atas pengalaman berharga ini dalam membesarkan anak-anak.
Ya Allah. Malam 27 Ramadan mengharap rahmat dan keampunan Mu ya Allah. Moga keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi milik kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment