Semalam suami minta saya rangkakan surat kepada Badan Pengurusan (JMB) Apartment kami di Ukay Perdana. Surat mohon menutup sementara bekalan air ke rumah kami. Ini kes penyewa tak bayar sewa dah hampir 7 bulan.
Bayangkan betapa sabarnya suami saya dengan penyewa ni. Bulan Puasa dan nak menghadapi Hari Raya dalam dua minggu lagi saya tak rasa penyewa tersebut akan bayar dalam masa terdekat ni.
Baik betul suami saya boleh tunggu penyewa tu bertangguh-tangguh nak bayar sampai tertunggak 7 bulan.
Alkisahnya kami beli rumah ni tahun 2014. Saja survey-survey rumah di kawasan Ukay Perdana masa tu memang merancang nak beli rumah sebab sangkaannya memang sampai ke tua duduk di Kuala Lumpur. Kebetulan ada yang iklankan nak jual rumah dan harga sangat ok. Kami ambil keputusan untuk beli rumah tersebut. Setelah pelbagai proses yang amat panjang memakan masa hampir setahun. Akhirnya rumah tersebut menjadi milik kami. Alhamdulillah berjirankan seorang peguam. Jiran kami tersebut yang anyak membantu sepanjang proses jual beli tersebut dan yang seronoknya dapat harga 'kawan-kawan' untuk semu yuran guaman.
Alhamdulillah rumah tersebut masih cantik dan yang paling untungnya harga memang murah waktu kami beli. Apartment kos sederhana tingkat 4 tanpa tangga. Kami tak merancang nak duduk di situ, kerana anak kecil-kecil nak turun naik tangga sangatlah memenatkan. Kami terus menyewa di rumah yang kami diami dan rumah milik tersebut kami sewakan.
Penyewa pertama dulu bermasalah jugak nak bayar sewa ruma. Pasangan baru kahwin, suami kerja bawa lori , isterinya kerja jaga kedai tak silap saya. Sewa rumah bayar ansuran 3 kali pun ada untuk sebulan. Faham situasi mereka kami bertolak ansur asalkan jangan tak bayar. Disebabkan mereka pasangan baru kahwin, kami belikan peti sejuk, almari dan dapur memasak untuk kegunaan mereka. Penyewa pertama ni menyewa adalah dalam 6-7 bulan. Lepas tu isteri mengandung dan nak balik kampung, akhirnya dengan suami berhenti kerja ikut isteri balik kampung.
Penyewa ke 2 unik sikit 3 orang bujang kongsi menyewa. Seorang budak muda pertengahan 20 an, ayahnya seorang duda yang dah pencen KTM dan bapa saudara yang dah tua dan tak pernah berkahwin. Walaupun namanya orang bujang, rumah sewa kami sangat kemas dan di jaga dengan baik sepanjang mereka diami. Hamir setahun menyewa mereka berpindah cari rumah baru di sekitar Shah Alam tak silap saya berdekatan dengan tempat kerja budak muda tersebut.
Penyewa ke 3 menyewa tak beberapa bulan lepas tu keluar berpindah. Alhamdulillah yang ini pun bujang dan tidak ada masalah tunggakan bayaran. Masa ni kami dah pindah ke Kulai. Memang tak sekalipun jumpa lagikan kenal. Segala urusan rumah sewa diselesaikan melalui panggilan telefon semata. Penyewa ke empat yang menyewa sekarang ni adalah satu keluarga. Masa mula-mula menyewa dua ke tiga bulan pertama , penyewa ni boleh bayar sewa tiap-tiap bulan tanpa masalah. Lepas tu dah mula 2 bulan sekali , 3 bulan tak bayar, sekali bayar untuk 2 bulan. Perkara ini bermula Raya tahun lepas dan berlarutan hingga kini.
Suami pun tak bercerita sangat hal penyewa ni dia banyak uruskan sendiri. Tapi bila dia minta drafkan surat sekat bekalan air ke rumah sewa, barulah saya tahu masuk tujuh bulan dah tak bayar sewa. Tahun lepas saya dah buat sekali surat kepada Badan Pengurusan untuk sekat air ke rumah. Bila air dah tak naik ke rumah barulah dia mengelupur ikhtiar nak bayar sewa. Kali ni nampaknya suami masih berdiplomasi tunggu lepas raya, kalau tak bayar jugak kami akan arahkan Badan Pengurusan kunci paip air.
Sepanjang saya menyewa rumah, tuan rumah biasa yang saya jumpa memang dah tetapkan sewa rumah kena bayar sebelum 5 hari bulan setiap bulan. Dengan penyewa rumah kami, kami dah tetapkan masa mula-mula menyewa kena bayar sebelum 7 haribulan setiap bulan. Bila kita sendiri jadi tuan rumah baru faham kenapa perlu jelas tentang surat perjanjian sewa ni. Atas budi bicara kami beri kelonggaran kepada penyewa untuk bayar sewa bulanan secara ansuran jika betul-betul tak mampu.
Hidup kita ni memang kena tolong menolong. Tapi kalau sampai satu tahap rasanys semua perkara diambil mudah. Rasa tak bersalah, langsung tak ikhtiar nak bayar walau sedikit pun samai tujuh bulan. Patut rasa kasihan atau macamana?
Kunci paip air adalah langkah paling ringan yang saya rasa kami boleh buat untuk memperingatkan dia tentang sewa rumah. Kalau nak ikutkan penyewa. Memamg bila-bila masa je sebenarnya kami boleh cari penyewa lain. Sewa rumah kami masih murah hanya rm650 sebulan tanpa sebaang kenaikkan setiap tahun. Ada tuan rumah lain meletakkan harga sewaan hingga ke RM850 sebulan untuk rumah yang sama macam kami.
Niat kami suam isteri memang hendak menolong jadi kami tak menyewakan dengan harga yang mahal. Apa-apa pun tunggu lepas raya nampaknya kami terpaksa kunci paip air atau jalan terakhir minta mereka keluar dengan cara baik, walaupun kami kerugian 7 bulan.
Mujur bukan saya yang uruskan. kalau tidak boleh bikin stress. Zaman sekarang jadi baik sangat orang pulak ambil kesempatan.
No comments:
Post a Comment