Monday, 19 June 2017

Catatan 24 Ramadan

Jam hampir sebelas malam, suami masih tak pulang dari solat terawikh. Hati tertanya-tanya kemana pergi lambat balik. Suami bukan jenis orang yang melepak-lepak warung dan memang menjadi rutin setiap kali habis solat terawikh dia akan balik terus. Dalam risau-risau menunggu sumi balik masjid saya tertidur. Saya terjaga apabila bunyi motor suami semakin kuat menghampiri rumah. 

Terdengar bunyi kunci, terdengar bunyi pintu di buka. Satu kelegaan di hati bila suami dah balik. Hati kecil selalu terfikir kalau ada perkara buruk.  Saya bertanya kepada suami kenapa balik lambat. Handphone memang tidak dibawa kalau dia pergi ke masjid.

"Saya ikut pergi kubur, anak orang kilang yang kemalangan tu lepas terawikh tadi baru solat jenazah dan kebumi" Jawab suami sambil tangan sambil mata tak lepas melihat skrin handphone .

Saya baru teringat dalam group whatsapp isteri-isteri pekerja kilang suami bekerja ada maklumkan mengenai kematian tersebut. Anak muda umur 21 tahun meninggal kemalangan di Johor Bharu. Allah!! Seminggu lagi nak raya, sesiapapun mesti rasa sedih. Anak sulong mereka pun meninggal kemalangan beberapa tahun yang sudah. Sungguh kematian bukanlah suatu bencana yang perlu kita lupakan tetapi ianya suatu pengajaran penting bagi manusia untuk memahami maksud kehidupan sebenar lebih-lebih lagi untuk kita muhasabah diri. 

Sebelum tidur semalam anak lelaki saya yang ke dua Nu'man datang merapati saya dan melentokkan kepala ke riba sambil berbaring, saya sedar saya banyak berinteraksi dengan Nu'man dengan suara yang tinggi sehari dua ni. Mungkin dia terasa denga sikap saya yang selalu marah dia. Bacalah berapa banyak buku parenting, motivasi , tips keibu-bapaan, dah namanya kita ni manusia ada masa-masa terlepas juga kemarahan kita. Usia Nu'man menginjak 4 tahun bulan 10 nanti, memang boleh kata anak yang bijak dan nakal.

Bila datang perangai nakal tu dalam bulan puasa ni, memang mecam mudah pulak kemarahan saya nak meletus. Bila dia datang kepada saya seperti minta dimanja, saya ambil peluang untuk mengusap kepala dia dan menasihati dia atas tindak tanduk diayang menyebabkan kami marah.  Mungkin emosinya sedikit tercalar dengan kemarahan saya dicampur dengan kemarahan suami. Moga saya dapat merawat kembali kesedihan Nu'man kerana dimarahi saya dan suami. Saya tak nak dia membesar menjadi seorang yang memendam perasaan dan mempunyai self esteem yag rendah. Banyak kekurangan kami suami isteri yang perlu dibaiki dari masa ke semasa untuk mendidik anak. 

Untuk juadah berbuka saya buatkan speggeti carbonara makanan kegemaran dia dan anak-anak yang lain. Seronok tengok mereka makan dengan berselera sekali. Mungkin lupa seketika kesedihan kena marah dengan saya.  Sesudah berbuka, solat dan mengaji bersama, mereka suka membelek-belek buku sambil membaca seperti lupa kemarahan saya kepada mereka.  Anak-anak sebenarnya tak ada dendam di hati walaupun berapa kali kita marah dan bukan kita tak boleh marah,  cuma kena pandai pujuk balik dan cari rasional di sebalik kemarahan tersebut untuk kita ceritakan kembali kepada mereka. Alhamdulillah Nu'man tidur dalam pelukan saya dan selesai menghuraikan kenapa saya marah pada dia.

Alhamdulillah tiada nilai kasih sayang jika kita tidak beriman. Marah ummi kerana sayang. 


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...