Suami tak beli bahan mentah untuk saya masak berbuka hari ni. Buka peti sejuk hanya ada kacang panjang dan bendi sahaja. Itu pun dari pokok yang saya tanam di tepi rumah. Ligat berfikir apa nak masak untuk berbuka ni. Saya dah terbayang nasi goreng je menu berbuka petang ni. Saya suka situasi macam ni sebenarnya, ada masa-masa suami ajar supaya tidak bermewah makan, maka ligatlah otak saya berfikir apa nak buat.
Sejak hari pertama Ramadan baru sekali kami berbuka di luar itupun sebab dah last minit tak jadi balik kampung sebab suami kena kerja, bahan mentah tiada di rumah untuk di masak. Ada dua ke tiga kali singgah di pasar ramadan pun, kami beli bungkus dan bawak balik. Beli pun sekadarnya makan sekali waktu berbuka terus habis.
Kisahnya suami nak ajak berbuka di luar. Anak-anak yang mendengar suami ajak berbuka di luar bersorak kegembiraan mereka. Suami tanya saya nak berbuka apa. Saya jawab saya teringin nak makan Nandos, tapi bila tengok harga set untuk berbuka harganya hampir RM100 ringgit, saya ubah fikiran dan cadangkan berbuka di kedai-kedai makan biasa je.

Fikir-fikir balik sayangnya duit nak membazir makan macam tu. Ada orang dengan nilai RM100 tu berjimat untuk belanja makan sebulan untuk sekeluarga. Pernah suami cerita kawan sekerja dia awal bulan nak pinjam duit nak beli beras sekilo. Itu awal bulan tu.Sekilo beras berapa hari boleh tahan belum masuk duit lauk. Ramadan ini turut mengajar saya dan keluarga menghayati kesusahan jiran tetangga dan orang yang dekat dengan kami.
Selepas berbuka puasa, kami singgah solat maghrib di Masjid di Saleng. Disitu saya bergilir-gilir solat dengan suami memandangkan Nisrina takut orang dan menangis beriye-iye melihatkan orang ramai. Satu masalah bagi kami bila ke mana-mana kerana anak bongsu kami ni takut dengan orang. Jadi kami terpaksa bergilir-gilir mendukung dia bila berjalan.
Masjid ini antara Masjid yang terbersih dan selesa yang saya pernah singgah di Kulai. Cumanya ruang solat muslimat agak kecil. Di tambah pula jemaah wanita di situ berbuka puasa di dalam surau . Bertambah-tambahlah lagi sempitnya ruang. Ruang solat yang beraircond menambahkan gangguan bau yang harum semerbak lauk pauk yang mereka makan. Sedikit sebanyak pada saya menganggu jugak orang nak solat.
Kami balik kerumah selepas solat maghrib kerana tak nak suami terlepas solat terawikh di Masjid kawasan kami. Alhamdulillah selesai Ramadan kami hari ke 24.
Anak-anak yang keletihan, balik ke rumah membersihkan diri dan menghadap buku masing-masing di tempat tidur. Alhamdulillah tak berapa lama selepas tu mereka semua lena.
Saya tidurkan Nisrina dan bergerak ke dapur untuk masak nasi untuk makan sahur pula. Alhamdulillah atas rezeki hari ini. Sambil-sambil tu saya teringatkan semasa saya duduk di Taman Permata dulu. Setiap kali Ramadan kami sekeluarga akan berbuka puasa di surau yang hanya beberapa langkah dari rumah kami. Saya perhatikan ada seorang kakak ni datang berbuka setiap hari di surau dengan anak 6 orang tanpa kehadiran suami, saya tak pernah nampak mukanya sebelum ini dan saya langsung tidak mengenalinya. Selidik-selidik rupanya kakak ni duduk selang 2 lorong dari rumah saya. Suami tidak bekerja dan langsung tak ada duit nak makan. Mereka anak beranak tebalkan muka berbuka di surau walaupun memang tidak pernah menjejakkan kaki ke surau sebelum-sebelum ini.
Kalau tengokkan daari rumah yang didiaminya nampak seperti rumah orang berada. Rupanya kakak tu mendiami rumah pusaka keluarga. Adik beradik lain sudah berkeluarga dan ada rumah sendiri. Orang tua kakak tu jenis orang berada dan tinggal di rumah lain. Kalau tengok rumah memang tak sangka kesusahan kakak tu. Sempena nak raya tahun tu saya sempat membantu dengan memasukkan namanya dalam senarai penerima sumbangan daripada pejabat ADUN. Ada juga beberapa individu yang menyumbang untuk persiapan raya mereka anak beranak.
Sebenarnya di keliling kita ramai orang susah yang mungkin kita tak nampak atau tahu kesusahan mereka. Pengalaman bekerja di Pejabat YB lebih membuka mata saya akan realiti kehidupan masyarakat. Dari situ timbul keinsafan tidak mahu membazir walaupun sedikit.
Done Ramadan ke 25 sambil terus muhasabah diri.

No comments:
Post a Comment