Friday, 9 June 2017

Bayi Datang Haid

Dah lama tergerak nak tulis tentang perkara ni. Tetapi disebabkan tidak dicatit dalam buku nota. Apa yang nak ditulis pun terlupa. Kebetulan buka handphone lama ternampak gambar Nisrina masa hari ke tiga kelahirannya.

Selepas melahirkan Nisrina saya bercadang berpantang sendiri di rumah dengan anak-anak dan suami. Hari ke tiga kelahiran Nisrina, jururawat desa datang cek anak. Nampak Nisrina ada kuning dan dicadangkn pergi ambil darah di klinik kesihatan.

Sebenarnya saya rimas dengan jururawat desa di sini. Mulut yang bising dan bercakap tanpa lapik membuatkan hati saya sakit. Jadinya selepas kali pertama lawatan ke rumah untuk memeriksa anak, saya terus mengubah rancangan untuk berpantang dikampung sementara bagi mengelakkan berjumpa mereka. 

Saya dan suami memang merancang untuk memeriksa kuning anak tetapi di Hospital Panel suami. Sampai di rumah  emak malam tu sewaktu menyalinkan lampin Nisrina, saya nampak ada kesan darah. Warna yang 'fresh' dan agak banyak. hati seorang ibu pastinya tidak tenang. 

Keesokkan paginya masih ada darah kelihatan semasa menukarkan lampin. Kami membawa Nisrina ke KPJ Muar untuk pemeriksaan lanjut. Berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak di situ, selepas ujian darah, ,memang kuningnya agak tinggi. Nisrina di letakkan di bawah lampu selama 3 hari. Saya terpaksa berulang dari rumah ke hospital setiap hari. 

Bila bertanyakan pada doktor tentang darah yang keluar tu, doktor beritahu tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ramai yang tak tahu tentang perkara ini kerana jarang berlaku . 
Bayi datang haid ini biasanya dipengaruhi homon ibu. Perubahan hormon dalam diri menyebabkan bayi yang dikandung turut mengalami kesannya. Kebiasaannya darah yang keluar akan mengambil masa 6-7 hari untuk berhenti. Macam Nisrina hari tu hari ke 6 dah habis keluar dah. 

Kesimpulannya tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau bayi perempuan kita lahir dan keluar darah dari kemaluannya. Kalau bayi menangis atau menunjukkan tanda-tanda sakit, atau darah yang keluar terlalu banyak , itu boleh di kira tidak normal . Boleh rujuk doktor atau jururawat masyarakat yang berkunjung ke rumah untuk pemeriksaan berkala jika perkara ini berlaku jika inginkan lebih kepastian.

Cumanya bila pertama kali terjadi mestilah kita panikkan. Macam saya sendiri, bayi baru lahir, macam-macamlah yang kita fikirkan. Takut apa-apa berlaku. Kebimbangan itu adalah normal dan yang penting sentiasa mencari informasi bagi menjelaskan lagi apa yang berlaku.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...