Dah lama berjanji dengan anak nak buat Nuget sama-sama. Saya memang tak beli nuget segera di luar. Kalau makan nuget segera pun kerana di sua orang lain atau di jamu di rumah orang. Nuget menag menjadi kegemaran anak-anak. Tak sesusah mana pun nak buatnya sebab semua gadjet dapur yang diperlukan memang ada. Rajin atau tidak sahaja.
Cuti sekolah seminggu baru-baru ni, saya tunaikan hajat anak-anak. Buat nuget sama-sama. Saya gunakan dada ayam yang di beli di kedai Peladang Kulai. Gandingkan bersama lobak, bawang besar, daun parsley segar, daun terragon segar. Kalau tak ada yang segar, daun parsley kering pun boleh. Saya letakkan juga habbatus sauda, lada hitam dan chia seed. Chia seed berfungsi seperti soda bikarbonat. Untuk nampak nuget menggemuk apabila digoreng.
Bersihkan dada ayam dan potong kecil, kecil, Begitu juga dengan lobak. Saya gunakan food prosessor untuk menghancurkan ayam. Terbaik jika kita gunakan food prosessor sebab tak perlu letak air. Jika guna blander kena kisar sikit-sikit dan nanti kena tambah tepung sikit sebab akan jadi air dan tidak boleh dibentuk.
Anak teruna rajin nak menolong
Inilah rupanya bila sudah dihancurkan menggunakan food prosessor. Lobak tu memang sengaja buat kasar-kasar sikit. Perasakan dengan garam dan gula sedikit sebagai pengganti perasa makanan aka MSG.
Ini roti yang di bakar untuk di buat serbuk roti atau bahasa inggerisnya "bread crumb" bakar dan kemudian bkisar menggunakan blander kering. Bentuk-bentukkan mengikut citarasa kita. Celupkan dalam telur yang telah dikocok. Salutkan dengan bread crumb yang di buat tadi. Goreng dengan api sederhana. Bolehlah di hidangkan.
Inilah rupanya. Agak gelap kerana bread crumb yang buat sendiri tu coklat sikit warnanya. Jadi bila di goreng menjadi coklat.
Selamat mencuba.





No comments:
Post a Comment