Setiap jumaat ada pasar malam di dalam kawasan felda. Tapi tak besar manalah pasar malamnya. Separuh jalan je dan tak banyak sangat pilihannya. Ada satu gerai di simpang jalan utama pasar malam yang menjual hasil-hasil kampung. Gerai ni memang menjadi gerai wajib kami setiap kali singgah ke pasar malam. Semestinya menjual hasil-hasil kampung.
Sayur-sayur kampung tetap menjadi pilihan kami sekeluarga walaupun ada menanam sayur-sayur biasa seperti sawi, kailan dan bayam. Sebab utamanya sayur kampung sudah semestinya bebas racun serangga. Biasa suami akan pergi seorang lepas balik kerja . Disebabkan lewat balik kerja semalam, saya dan anak-anak ikut sekali kerana kami pergi lepas maghrib. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah batang keladi yang telah siap di celur. Terbayang-bayang dalam fikiranku asam rebus batang keladi di makan dengan nasi panas.
Menu utama kami sekeluarga hari ini adalah asam rebus batang keladi. Hidangan yang siumple tapi mampu membuatkan nasi bertambah-tambah. Alhamdulillah anak-anak pun makan walaupun pada awalnya menolak.
Saya kongsikan resepi asam rebus batang keladi yang sedap dan senang di masak ini.
Bahan-bahannya
Sayur batang keladi (kami beli yang dah siap siang rm4.00 sebungku8s boleh di masak 2 kali)
Bawang merah 5 biji
Ikan bilis secukup rasa
Asam keping
Air
3-5 biji cili padi yang merah
Kunyit seinci
Garam dan gula sebagai perasa
Daun kesom (Saya tak letak)
Cara-caranya
Basuh bersih batang keladi yang telah di siang tadi. Didihkan air dan celurkan batang keladi yang telah di basuh tadi. Mencelur ini salah satu fungsinya adalah untuk mengelak gatal apabila telah dimasak nanti.
Setelah di celur, toskan dan ketepikan. Tumbuk bawang merah, ikan bilis, kunyit dan juga cili padi sehingga lumat. Didihkan air, setelah mendidih masukkan bumbu yang telah ditumbuk lumat tadi dan batang keladi yang telah dicelur tadi. Kemudian masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Didihkan dan sedia untuk di hidangkan.

No comments:
Post a Comment