Thursday, 13 April 2017

Tips Anak Bermain LEGO Emak tak serabut!

Emak-emak mesti serabut bila anak-anak kecil nak bermain LEGO. Faham-faham jelah kecil-kecil, dengan bersepahnya kalau tak bernasib baik terpijak sakit lagi hati. Eh kaki.

Ada yang bertanya saya tips beri anak main LEGO, tak ada tips khusus pun sebenarnya. Cumanya sebelum saya memberikan anak permainan LEGO saya akan pastikan rumah benar-benar kemas terutama sekali permainan-permainan mereka yang lain. Disebabkan LEGO ni kecil-kecil, kebarangkalian bersepah satu rumah sangatlah tinggi.Kebiasaaannya lepas brmain memang memerlukan bantuan saya untuk di kemas hingga bersih.

Sebolehnya tidak membiarkan anak main sendirian. Saya seboleh mungkin bermain bersama-sama anak-anak setiap kali mereka bermain. Permainan LEGO ini agak rumit jugak untuk diselesaikan lebih-lebih lagi jika anak-anak seawal usia 2 tahun   bermain bersama adik beradik yang lain berusia 6 dan 5 tahun. Ada satu- satu masa kalau mereka gagal siapkan, kita sebagai dewasa berperanan menunjukkan.

Saya juga akan memastikan emosi saya dalam keadaan stabil, happy mood dan anak-anak -anak dalam keadaan bersih dan bersedia untuk main. Bunyi macam nak berperang pulak. hehehe . Budak-budakni biasalah punya bersemangat nak main, tapi kadang-kadang semangat nak main tu sekejap je dan boleh hilang mood nak bermain bila berlaku perebutan dan pergaduhan antara mereka. Ha.. disitulah pentingnya emosi yang stabil bagi ummi seperti saya. Kalau dah bergaduh dan berebut biasanya akan berteraburlah LEGO-LEGO tersebut belum masuk lagi adegan main baling-baling.. Ish ish ish...

Satu ruang yang khas untuk bermain LEGO juga disediakan. Bukan atas katil, di meja makan, di dapur atau pelbagai tempat lagi yang sesuka hati mereka sahaja untuk bereksplorasi. Nanti yang susah nak mengemas kita juga. KAlau syarat ini tidak di patuhi. Lambat lagilah masanya mereka dapat bermain LEGO ni.

Terakhir sekali biasanya saya peruntukkan seminggu sekali atau 2 kali sahaja untuk mereka bermain LEGO. Ini untuk beri mereka rasa teruja untuk bermain. Biasalah kalau hadap hari-hari lama-lama bosan jugakkan. 

Itulah serba sedikit cara saya untuk mengurangkan keserabutan bila melihat anak-anak bermain LEGO. Sebenarnya apa-apapun permainan, atau apa yang anak main sebenarnya kita sebagai ibu bapa memangkena involve. Berinteraksi, bersembang dan memeberi mereka idea untuk mereka bereksplorasi dengan idea mereka.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...