Monday, 10 April 2017

Potty Train Nuruddin Hari Pertama

Sebenarnya saya tiada idea yang jelas bilakah masa terbaik untuk melatih Nuruddin free diapers.Nuruddin baru berusia 2 tahun 5 bulan dan bermulut sangat petah. Semalam sedang saya sibuk membasuh pinggan mangkuk sarapan, Nuruddin datang kepada saya.
"Ummi! Deen berak" Nuruddin memberi tahu kepada saya, dari memek mukanya saya tahu dia tidak selesa.
"Ok, jom pergi bilik air, kita mandi sekali" Ujar saya pada Nuruddin dan memimpin tangannya ke bilik air.

Selesai bercobok dan mandi, tiba-tiba tergerak hati saya untuk tidak memakaikan dia diaper. Sambil, sambil pakaikan baju, seluar dan sikatkan rambut saya pesan pada Nuruddin 

"Deen tak payah pakai pampers lagi ye, dah besarkan. Nanti nak kencing ke berak cakap pada ummi" Pesan saya pada Nuruddin.

"Ok ummi!" Sahut Nuruddin.

Saya harap dia faham apa yang saya cakapkan dan saya juga berdoa agar tak ada aksi terkencing dalam seluar. Saya nampak Nuruddin dah boleh menerima arahan dan faham dengan setiap arahan saya di rumah sepanjang dia di rumah dengan saya. Nuruddin pun nampak selesa tidak memakai diapers dan tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang.

Disebabkan sibuk menguruskan kerja rumah. Saya terlupa mengatur Nuruddin ke bilik air. Sepatutnya sejam sekali saya bawa dia ke bilik air untuk kencing. huhuhu

"Ummi Deen kencing" Jerit Nuruddin dari ruang tamu. Saya sedang sibuk memasak di dapur ketika itu.
Saya menjengah ke depan. Nuruddin dah kencing dan yang tragisnya dia ambil kain lampin Nisrina buat mengelap air kencing. Lagi tragis dia berjalan ke bilik dengan kaki melekit air kencing. 

Saya dukung dia ke bilik air, bersihkan dia dan pesan kepada dia
"Udin jangan dah kencing baru bagitau tau. Kal;au rasa nak kencing, cepat-cepat beritahu ummi. Kita kencing di bilik air.

Saya tukarkan seluar bersih dan kemudian membersihkan lantai dan seluar yang dah terkena kencing. Nampaknya hari pertama dah gagal tetapi kerana kecuaian saya nak memantau dia sejam sekali. InshaAllah jiwa kena kental. Tak ada suara tinggi dan marah membebel dari saya untuk Nuruddin. 

Esok hari ke dua ye nak!

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...