Sepanjang kehamilan Nisrina saya amalkan pemakanan sihat, banyak minum air kosong, amalkan arabic gum, baobab, vco dan kurma. Kurma mariami menjadi pilihan saya kerana rasanya kurang manis. Kami beli borong sebanyak 5 kilo. Memang puas saya makan sehingga malam menjelang kelahiran.Sejak mengandungkan Nuruddin juga saya gunakan gym ball untuk mengurangkan ketidakselesaan bahagian belakang saya.
Masuk usia kandungan 37 minggu saya amalkan Rasbery Leaf Tea.Ikutkan due date yang telah diberikan oleh doktor, EDD saya adalah pada 17 November 2016. Nisirna lahir pada 19 November 2017 jam 1.50 pagi. Petang sebelum kelahiran Nisrina, saya masih belum ada sebarang tanda akan melahirkan. Selepas solat maghrib saya ajak suami pergi ke Aeon Kulai. Saya puas meronda di dalam Aeon Kulai dan membeli stok barang dapur kerana terdetik di dalam hati, senang nanti kalau dalam pantang semua stok barang asas dah ada di rumah.
Balik dari Aeon Kulai, suami bawak saya dan anak-anak singgah ke ladang sayur berdekatan dengan rumah. Kami ambil sayur-sayur yang sudah lebihan untuk makanan 2 ekor arnab kami. .Untuk pergi ke ladang sayur tersebut, jalan agak teruk dengan tidak bertar dan berlopak-lopak yang sangat dalam. Saya berasa terhentak-hentak dan sungguh bergegar. Sungguh waktu tu masih tak terasa langsung sakit atau tanda-tanda untuk bersalin.
Saya duduk di dalam kereta, sementara suami dan anak-anak turun dan bersama-sama dengan penjaga ladang sayur tersebut mengutip sayur. Sebenarnya saya takut sebab ada 2 ekor anjing yang berkeliaran di situ. Kata pekerja Indonesia di situ, 2 ekor anjing tersebut menjaga kawasan ladang. Selepas bersembang beberapa ketika dan mengucapkan terima kasih, suami serahkan sedikit buah tangan untuk mereka. Kami terus balik kerumah selepas itu. Sampai ke rumah jam menunjukkan hampir 10.30 malam. Saya yang kelaparan tidak makan sebelum keluar tuntas ke dapur memanaskan kari ikan yang saya masak tengahari tadi. Selepas menghidangkan di atas meja, kami semua menjamu selera. Tiba-tiba saya rasa sakit perut, beberapa minit kemudian hilang semula. Beberapa minit kemudian perut saya sakit lagi. Dengan segera saya menghabiskan nasi yang terhidang dan terasa hendak membuang air besar.
Selepas menunaikan hajat, sakit perut saya masih tidak lagi hilang. Saya maklumkan pada suami
"Rasanya dah nak bersalin ni kot abi" saya maklumkan pada suami.
Anak-anak semua keletihan, saya ajak mereka semua masuk ke bilik dan saya tidurkan mereka. Ketika itu, sakit perut saya maih lagi tidak kuat. Saya mampu tersenyum dan bergurau dengan anak-anak sebelum menidurkan mereka.
bersambung...
Anak-anak semua keletihan, saya ajak mereka semua masuk ke bilik dan saya tidurkan mereka. Ketika itu, sakit perut saya maih lagi tidak kuat. Saya mampu tersenyum dan bergurau dengan anak-anak sebelum menidurkan mereka.
bersambung...
No comments:
Post a Comment