Friday, 14 April 2017

Teh tarik tak bersalah!

Jantung berdebar-debar, nafas seakan laju, kenapakah ini?
Nah tertanya-tanya di dalam hati. Nah capai minyak angin di sisi katil.Nah buka penutupnya...Nah titiskan beberapa titik di atas tapak tangan.Sapu-sapi di dada. Belum mampu mengurangkan debaran didada Nah.

"Dah berminggu-minggu macam ni, risau jugak ni bang. Jangan-jangan saya ada sakit jantung kot!" NAh mengadu kepada suami.
"Ish, awak ni.. jangan cakap macam tu, penat sangat kerja tu" Balas suami Nah.

Simptom awal 40 an kah..  Sebab gaya hidupkah.. banyak yang daku fikirkan dan persoalkan , bermain-main dalam fikiran Nah.

Nah suami steri bekerja, bangun pagi hatar anak rumah pengasuh dan masing-masing bergegas ke tempat kerja. Balik lewat petang, makan dan minum pun jarang masak, kebiasaannya beli je. Minuman Nah sekeluarga adalah teh tarik. Minum pagi teh, minum petang teh. Jarang sangatlah minum air lain, kecuali air putih. Anak-anak pun semua suka teh tarik.

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja Nah pekena teh tarik dulu sorang segelas. Petang pun macam tu jugak bila balik ke rumah. Nah tarik sendiri je kat dapur. Ok, berbalik pada masalah dada Nah yang asyik berdebar, Nah mencongak dalam hati adakah kerana tanda awal serangan jantung. Risau jugak Nah, anak-anak kecil lagi, siapa nak jaga.Macam macamlah menerawang dalam fikiran Nah.

Disebabkan Nah memang rasa tak selesalah bernafas hampir berminggu-minggu, Nah dan suami ambil keputusan untuk berjumpa Doktor Pakar. Doktor pakar cek jantung Nah  normal, tak ada masalah, cek tekanan darah ok, cek gula dalam darah ok. 

"Aik..penyakit apa yang aku kena ni. Aku ingatkan ada masalah jantung disebabkan kuat minum teh tarik. Teh tarik jugak dipersalahkan." Getus Nah di dalam hati 

Nah dah slow-slow kurangkan minum teh tarik, takut jugak Nah, doktor cek memang ok tapi sakit yang makan dalam siapa tahu.. Gundah gulana hati Nah kuranglah jugak bila doktor pakar cakap semua ok. 

"Doktor pakar tu.. tak mungkin salah diagnosis penyakit aku." Ngomel NAh sendirian.

Doktor bagi jugak Nah ubat sebab Nah cakap tak selesa bernafas. Berminggu-minggu jugaklah Nah makan ubat yang doktor tu beri. Tapi tak ada apa-apa kesan.

Satu petang tu Nah tergerak ajak suami pergi klinik bayar. Sebab nampak tak jalan ubat yang doktor pakar tu beri. Kat klinik tu Nah ceritalah masalah Nah pada doktor tu. Doktor tu lepas dengar penerangan Nah, simple je dia cakap.

"Kita buat urine test"  

Nah pun ikut cakap doktor tu.

Pendekkan cerita, dapatlah result urine test tu. Resultnya  sangatlah menggemparkan dan mengejutkan Nah dan suami.

"Awak mengandung ni, tu sebab awak rasa badan lain macam, perubahan hormonlah tu" Ungkap doktor tu 

Rasa nak pengsan sekejap depan doktor tu. Puaslah Nah ni memikir ingatkan tanda awal sakit jantung, rupanya sakit kena buatan orang. Hahaha 

Bila di scan kandungan NAh dah mencecah 4 bulan. Sungguh! Sungguh tak sangka di usia 42 tahun, Nah mengandung lagi. Alhamdulillah sekarang anak bungsu Nah tu dah berusia 5 tahun. 
Siapa sangka!

Dah jangan salahkan teh tarik lagi. 

-Berdasarkan kisah benar-



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...