Jeruk adalah makanan yang di peram. Proses pemeraman ini akan menghasilkan bakteria baik untuk usus. Biasa kita tengok iklan Yakult atau Vitagen yang mempromosikan minuman berkultur dengan bakteria baik. Sebenarnya banyal lagi makanan lain yang boleh kita ambil dan mempunyai bakteria baik. Bakteria baik yang usus kita perlukan ini namanya Lactobacillus. Fermentation atau proses menjeruk adalah proses untuk menghasilkan bakteria Lactobacillus.
Pokok kedondong saya berbuah lebat. Pertama kali berbuah, saya dalam pantang anak ke empat. Sudahnya terbiar macam tu je dan luruh jatuh semuanya. Zaman-zaman tak ada pokok kedondong, dapat makan sesekali nikmat yang amat. Bila dah ada pokok sendiri tak termakan jadinya. Syukur Alhamdulillah nikmat yang di beri.
Jeruk kedondong lacto ferment ni beza sikit dengan jeruk yang biasa. Bahan yang di perlukan sangat simple. Iaitu balang kaca, air bertapis, garam bukit dan buah kedondong yang telah dikupas kulit.
Pastikan bekas kaca menggunakan penutup plastik, supaya tak ada tindak balas jika gunakan penutup besi dengan air garam.
MAsukkan garam dan air ke dalam bekas kaca. Masukkan kedondong yang telah di kupas. PAstikan semuanya tenggelam. Tutup rapat bekas balang dan simpan di tempat yang sesuai di dalam suhu bilik.
Saya tambahkan 2 tangkai cili padi untuk rasa pedas. 3- 4 hari selepas InshaAllah sedia untuk di makan. Rasa buah kedondongna masam masin dan buah kedondongnya masih rangup. Petanda jeruk ini menjadi, tiada kulat yang tumbuh dan buah kedondong yang di jeruk tersebut tidak lembik.

No comments:
Post a Comment