"Ummi nak pergi hospital ke? Nak pergi hospital mana? Nak pergi Colombia ke?Soal suami bertalu-talu. Dia nampak tenng dan bersahaja bertanya kepada saya mungkin sebab ini kelahiran anak ke empat. atau mungkin kerana saya sendiri tenang sahaja dan masih boleh senyum-senyum sambil menahan sakit.
"Tunggulah dulu, baru nak rasa sakit. Tak tahu nak bersalin bila". Jawab saya. Malam tersebut saya masih menyusukan Nuruddin walaupun contraction sudah ada.
Jam menunjukkan 11. 30 malam lebih kurang.Saya masak air panas dan rendam RLT (Rasberry Leaf Tea). Saya masuk ke bilik tidur utama. Melihat anak-anak semua sudah tidur bergelimpangan. Anak-anak saya semuanya masih belum mahu tidur di bilik sendiri. Jadi kami bentangkan toto di bawah dan mereka tidur beramai-ramai. Saya baring sekejap kononnnya nak melelapkan mata. Pusing kanan, pusing kiri, mata masih tak mampu tidur.
Saya pergi ke ruang tamu dan membuka TV, tukar-tukar channel tiada rancangan yang menarik. Yang saya ingat malam tu ada rancangan anugerah screen di TV3. Sungguh tak tentu arah je rasa malam tu sebab mata tak mahu tidur. Saya masuk ke bilik semula. Duduk sambil duduk di atas gym ball saya cuba kawal pernafasan dan menahan sakit. Rasa relaks sekejap dan saya rasa selesa kerana keadaan bilik yang suram dan badan rasa segar kerana saya memasang air cond sambil on diffuser lavender.Hampir satu jam juga saya melayan perasaan sambil berzikir dan kadang kadang mengomel jugak sakit hahaha.
Jam 12 lebih tengah malam, saya minta suami bentangkan toto di ruang tamu, tiba-tiba saya rasakan contraction saya semakin kerap dan saya nak berehat di luar bilik. Tak nak mengganggu anak-anak sedang tidur. Suami masih bertanya lagi samada saya nak di hantar ke hospital. Dalam fikiran saya terbayang 3 orang anak yang lain sedang tidur lena. Macamana nak ke hospital dengan anak-anak sedang tidur.Saya beritahu suami kita tunggu sahajalah dulu. Sambil tu saya berpaut di gym ball sambil minum RLT. Setiap kali contraction datang saya berpaut pada suami. Sedang sakit-sakit tu saya masih terbayangkan kelahiran anak ke 3 saya. Semasa tu saya mula sakit-sakit perut dalam jam 11 malam dan Nuruddin lahir pada pukul 7 pagi esoknya.
Dalam hati berkata-kata
"Lambat lagi ni, Nuruddin pun dulu menahan sakit satu malam jugak" Memikirkan lambat lagi nak bersalin saya masih boleh terlena sekejap bila tiada contraction.
Jam menunjukkan pukul 1.50 malam. Tiba-tiba bush! Air ketuban pecah dalam sekelip mata. Ketika itu saya sedang berdiri kerana kelencunan dengan air ketuban. Saya rasa ring of fire dan kepala baby crowning. Perlahan-lahan baby keluar tanpa saya teran. Alhamdulillah saya mampu kawal pernafasan saya ketika itu. Alhamdulillah, sambil bertakbir suami saya menyambut Nisrina dan terus di letakkan di atas dada saya sambil azan dilantunkan oleh suami. Alhamdulillah Nisrina mendengar kalimah Allahhu Akbar di kala pertama kali melihat dunia!.
Nisrina beberapa jam selepas dilahirkan.

No comments:
Post a Comment