Friday, 14 April 2017

Kisah Kelahiran Nisrina

Sebenarnya tiada kehamilan yang tidak dirancang, semuanya dalam aturan dan perancangan Allah. Walaupun nampak jarak anak rapat-rapat antara satu sama lain, namun kami sememangnya brsedia menerima kehadiran ahli baru.Alhamdulillah saya mengandungkan Nisrina semasa Nuruddin berusia setahun setengah. Seingat saya waktu tu kami sekeluarga baru balik dari family day tempat kerja suami di Teluk Ramuniai .Saya membuat ujian kehamilan sendiri di rumah. Saya langsung tidak mengalami sebarang alahan dan mampu membuat kerja-kerja rumah seperti biasa sejak awal kehamilan. 
Untuk pengesahan kehamilan saya pergi ke klinik panel tempat kerja suami dan Alhamdulillah saya disahkan hamil dan usia kandungan 9 minggu. Pada usia kandungan mencecah 5 bulan saya bercadang untuk membuat buku merah di klinik kesihatan di kawasan FELDA ni. Jururawat yang bertugas terkejut kerana usia kandungan hampir 5 bulan baru saya nak buat buku merah. Biasalah banyak prosedur dan pemeriksaan rutin yang saya kenaikut. Setelah berbincang dengan suami, akhirnya kami memutuskan untuk berhnti buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan.

Saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kehamilan di satu klinik pakar wanita di Johor Bharu. Pemeriksaan hanya sebulan sekali dan Alhamdulillah sayatiada sebarang masalah kesihatan kecuali HB yang rendah sahaja. Saya tidak mengambikl sebarang makanan tambahan atau pil yang di berikan oleh doktor. HAnya dengan cara menjaga pemakanan dan aktifkan diri setiap hari dengan rutin-rutin seharian.Masuk trimester ke 3 saya rasa sedikit letih dan cepat penat membuat kerja-kerja seharian. Alhamdulillah walaupun begitu saya mampu menguruskan lagi kerja-kerja seharian.

Ada beberapa peristiwa yang saya sangat ingat sepanjang kehamilan. Pertamanya saya pernah kena batuk yang teruk. Batuk yang teruk tersebut memang saya tidak mampu tanggung rasanya dengan dada yang sakit dan tekak yang perit. Akhirnya saya mengalah untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik panel. Doktor memberikan saya ubat batuk. Walaupun tahu sangat tidak di galakkan memakan sebarang ubat-ubatan  seperti ubat batuk, tetapi dek kerana tak tertanggung rasa dengan batuk yang teruk akhirnya saya makan juga ubat batuk yang telah diberikan.

Nak dijadikan cerita, batu saya berkurangan, tetapi sebelah malamnya tiba-tiba tangan saya ke dua-dua belah berasa sangat lenguh berdenyut-denyut. Saya tidak boleh tidur menahan sakit hingga menangis-nangis. Akhirnya saya mengajak suami  untuk pergi ke klinik sekali lagi kerana  terlalu sakit dan berdenyut-denyut. Bayangkan pukul 2 pagi kami pergi ke klinik dengan mengangkut semua anak berusia 5 tahun, 4 tahun dan setahun lebih untuk di bawa bersama-sama ke klinik kerana tiada orang yang boleh tolong jagakan.

Kami pergi ke klinik panel yang lain. Setelah memberi penerangan kepada doktor apa yang saya rasa dan alami, doktor memaklumkan saya alah kepada ubat batuk yang di berikan sebelum ini. Untuk mengurangkan sakit, doktor memberikan paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Dos yang diberikan bersesuaian untuk saya yang sedang hamil ketika itu. Alhamdulillah setelah makan ubat yang di berikan, barulah saya rasa sakit yang berkurangan dan akhirnya mampu melelapkan mata pada malam itu.

Bersambung......







No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...