Monday, 10 April 2017

Tips Menanam Pokok Bunga Ros


Melihatkan bunga ros yang berkembang, benar-benar mendamaikan jiwa. Biasanya dikatakan susah menjaganya. Saya teringatkan arwah nenek saya yang menanam pokok bunga ros pink yang kelopaknya kecil-kecil. Pokoknya besar dan berbunga lebat. Selalu orang yang datang ziarah ke rumah akan terpikat dan meminta sedikit untuk ditanam. 


Lebih kurang setahun yang lepas saya beli sepokok pokok bunga ros. Melihat kembangnya bunga ros tu benar-benar mendamaikan jiwa. Ros berwarna pink kelopak besar-besar menjadi pilihan hati. Saya salinkan pasu dan tambah tanah. Sampai sekarang pokok ros tersebut masih hidup subur dan ramah berbunga.


Sekarang saya ada 3 pasu pokok bunga ros yang berwarna putih, kuning dan pink yang sedia ada. Saya kongsikan tips saya menjaga pokok bunga ros ini  sentiasa subur dan ramah berbunga.


1. Saya menggunakan medium tanah organik yang di beli di Nursery bunga di campur dengan tanah merah dan hampas kelapa sawit.


2. Gunakan pasu yang mempunyai saiz bersesuaian. Saya gunakan pasu sederhana besar.
3. Letakkan sedikit tanah di dalam pasu, alihkan pokok bunga ros ke dalam pasu dan penuhkan tanah sehingga hampir memenuhi pasu.


4. Saya hanya menggunakan air basuhan beras dan air basuhan ikan sebagai baja penyubur pokok. 


5. Pokok bunga ros memerlukan cahaya yang mencukupi untuk membolehkannya rajin berbunga


6. Siram pokok 2 kali sehari pagi dan petang.


7. Rajin-rajinlah melakukan pruning  atau mencantas dahan yang sudah tua atau dahan-dahan yang telah mengeluarkan bunga. Ini memberi peluang pucuk baru untuk tumbuh dan seterusnya mengeluarkan bunga,


8. Pokok bunga ros juga banyak musuhnya yang tersendiri. Kebiasaan pokok ros saya menjadi tempat persinggahan belalang atau bubuk iaitu sejenis binatang berwarna putih yang suka menghisap nutrien dari pokok. Saya menggunakan racun serangga organik untuk menghalau serangga yang bermain dan hinggap di pokok ros saya.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...