Jangan memandang remeh walaupun sekecil perkara menghadiri sukan sekolah anak. Bila cikgu PASTI Nublah maklumkan Nublah terlibat suka bola jaring mewakili daerah Kulai sebagai ibu saya berasa gembira.Pertandingan akan diadakan pada hari Sabtu bertempat di Padang KUITTHO. Ok saya dah start runsing. Bukan sebab kena pergi jauh, tetapi sebab hari Sabtu suami kerja. Macamana nak pergi tengok Nublah bersukan. Walaupun cikgu sekolahnya dah maklumkan boleh jaga Nublah kalau kami tak dapat pergi.
Saya memang dah menanam tekad akan cuba hadir setiap apa jua aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa. Sebagai tanda sokongan kepada anak-anak. Setiap hari saya berdoa agar ada penyelesaiannya. Saya tak menunjukkan kegelisahan pada suami walaupun sebenarnya dalam hati ligat berfikir. Terfikir nak memandu sendiri, tetapi sangat tidak yakin nak menguruskan 3 orang anak yang lain sendiri. Memikirkan nak mencari jiran-jiran di sini yang pandai memandu, upah bawak saya dan anak-anak sambil tolong jaga anak saya di sana. Tapi siapa yang saya nak mintak tolong. Memikirkan adik bongsu di kampung yang ada kereta dan boleh memandu. Tapi takkan nak menyusahkan dia memandu dari Muar datang ke Kulai dulu ambil saya dan bawa ke KUITTHIO.
Nampaknya semua pilihan yang saya ada bukanlah pilihan yang terbaik. Saya hanya berdoa semoga ada penyelesaian. Alhamdulillah Allah ilhamkan saya bertanya suami tentang shiff kerja. Suami saya kerja 8 pagi hingga 4 petang walaupun kerja di bidang teknikal. Bekerja di hujung minggu dan hanya sehari bercuti pada hari Khamis. Ada 4 orang yang bekerja bersama beliau dan rakan sekerjanya ada yang bekerja shiff sebelah malam.
"Cubalah tanya kot, kot boleh tukar shiff sehari je" saya cuba memberi cadangan kepada suami.
"Nantilah, tengok macamana" Jawab suami. Dari jawapan yang diberikan saya tahu beliau minta saya jangan mengharap.
Di pendekkan cerita Alhamdulillah suami dapat tukar shiff kerja masuk pukul 4 petang pada hari Sabtu semalam. Kami sekeluarga dapat sama- sama meraikan Nublah yang terlibat dalam perbarisan dan bola jaring. Walaupun PASTI kawasan Kulai kalah pada peringkat separuh akhir. Kami sekeluarga berpuas hati dapat meraikan dan bersama-sama Nublah dalam sukan PASTI tersebut.
Semoga pengalaman baru Nublah inimemberikan kenangan terindah untuk beliau dan meningkatkan self esteem beliau.

No comments:
Post a Comment