Nu'man sangat suka main LEGO. Salah satu cara untuk mengelakkan dia kebosanan di rumah adalah dengan memberi dia bermain LEGO. Walaupun kejadiannya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi bila kita bertanya dia mampu explain apa yang dicipta mengikut imaginasinya.
Banyak faedah daripada aktiviti bermain LEGO bagi anak-anak. Saya kongsikan beberapa manfaat hasuil pemerhatian saya kepada anak saya yang gemarkan permainan ini.
1. LEGO mempunyai pelbagai warna. Bentuk dan saiz. Dengan bermain LEGO anak-anak secara tidak langsung anak akan belajar warna. Kita sebutkan warna yang ada dan minta mereka tunjukkan. Mereka seronok belajar sambil bermain.
2. LEGO juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Dengan cara ini juga anak-anak akan belajar saiz besar kecil, panjang, pendek, tebal nipis. Begitu juga dengan bentuk.
3. Bermain LEGO melatih koordinasi mata dan tangan anak-anak. Untuk menyusun blok-blok LEGO tersebut anak-anak akan melatih tangan dan matanya untuk bekerjasama dan ini akan menajamkan lagi fokus mereka.
4. Belajar matematik dengan bermain. Anak akan belajar mengenal angka dengan menggunakan objek real, kerana matematik adalah bahasa. Anak akan belajar untuk menghasilkan kereta memerlukan 4 roda. Membina rumah memerlkan berapa ukuran yang panjang, berapa ukuran yang lebar dan sebagainya.
5. Bermain LEGO melatih anak menjadi kreatif. Anak-anak akan kuat berimaginasi dan berfikir untuk menghasilkan sesuatu rekaan. Biasanya bila di tanya apa yangdi hasilkan anak-anak akan menyebut apa yang dihasilkannya.Dengan cara ini kita telah membantu mengaktifkan otakanak untuk berfikir.
6. Membangunkan motor halus anak-anak dan melatih kesabaran. Untuk menyambung LEGO-LEGO tersebut untuk menghasilkan sesuatu, pemasangan pada posisi yang tepat memerlukan ketelitian dan kesabaran. Ini akan membangunkan nilai kesabaran dalam diri anak-anak dan memerlukan kemahiran motor halus.
7. Bermain dengan LEGO juga boleh menanamkan jiwa seni dlam anak-anak. Ini kerana dengan aktiviti ini anak-anak akan menggabungkan blok-blok yang pelbagai warna dan bentuk untuk menghasilkan sesuatu. Jiwa seni anak mampu dibangkitkan dengan aktiviti ini.
8. Terakhirnya akan meningkatkan skill komunikasi anak-anak. Biasanya anak-anak akan bermain bersama-sama dengan adik beradik atau kawan-kawan. Dengan ini mereka akan banyak berkomunikasi sesama mereka dan ini akan melatih mereka untuk membentuk keyakinan diri.
Kita sebagai ibu bapa hanya memberikan ruang dan alat untuk anak mendalami minat mereka. Mungkin ada anak yangtidak berminat dengan permainan seperti ini. Penting kita sebagai ibu bapa mengenal pasti minat anak dan meraikannya dan tidak di halang.


No comments:
Post a Comment