Alhamdulillah!!
Akhirnya impian kecil saya untuk memiliki laptop sendiri tercapai.
Al kisahnya dua hari lepas, saya telah memuat naik status fb saya yang meminta sahabat-sahabat mendoakan agar cita-cita saya untuk memiliki laptop sendiri tercapai. Sebenarnya status yang saya muat naik tersebut secara spontan selepas rasa sedih. Waktu tu saya baru seminggu mnggunakan handphone lama suami. Walaupun handphone lama tetapi masih elok dan mempunyai memori yang besar. Saya bercadang menggunakan hanphone tersebut untuk bisnes online saya. Ini kerana handphone lama saya mempunyai memori yang kecil dan tidak boleh menyimpan gambar.
Baru lebih kurang seminggu menggunakan handphone tersebut, suami dah minta balik. Ini kerana handphone barunya terjatuh ke dalam lubang tandas dan dia mahu menggunakan kembali handphone lama beliau. Sedih dan kecewanya saat itu, tak tertahan. Memikirkan saat-saat begini dengan cpu rosak, sebelum tu modem dipanah petir dan handphone yang digunakan sangat basic sehingga tidak boleh menyimpan walaupun sedikit gambar. Sebagai seoang peniga online sudah pastinya ini memberikan sedikit tekanan untuk saya.
Memang saya rasa sangat-sangat memerlukan sebuah laptop untuk saya meneruskan perniaaan online saya. Walaupun belum begitu memberangsangkan hasilnya, tapi saya bercita-cita tinggi untuk mencipta pendapatan dari rumah. Sedih, sangat sedih waktu itu, saya terus meluncurkan tulisan saya di wall fb saya dan meminta sahabat-sahabat maya mengaminkan doa saya untuk memiliki sebuah laptop.
Allahu Akbar!! Malu saya pada Allah ya sami'
Allah membuka pintu hati suami saya untuk membelikan saya sebuah laptop. Gembiranya hati tika itu memang tidak tergambar. Kalau sebelum ini saya berdoa, dapat beli laptop secondhand pun jadilah. Asalkan boleh simpan gambar dan menulis sikit-sikit di blog saya yang baru saya mulakan ini. Sekali lagi Allah murahkan rezeki saya, suami belikan laptop baru yang sangat ok bagi saya.
Impian kecil saya untuk memiliki laptop sendiri sudah tertunai, sekarang masa untuk meneruskan cita-cita besar saya untuk menjana pendpatan sendiri dari rumah dan memenuhi impian saya untuk menulis.
InshaAllah, Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, permudahkanlah urusanku, berilah daku idea untuk menulis, majukanlah perniagaan onlineku, berkatilah hidupku dan keluargaku. Semoga keberkatan, kecemerlangan dan kebahagiaan menjadi milik kami sekeluarga dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment