Friday, 12 May 2017

Minggu Tidak sihat

Sebenarnya sudah lebih seminggu kami sekeluarga tidak sihat. Demam, batu dan selsema umpama sahabat karim yang sering mengekori kami sekeluarga. Hingga ke hari ini, saya, Nuruddin dan Nisrina masih lagi batuk-batuk. Nuruddin dan Nisrina masih batuk selsema. Suami baru sehari pulih demam. Saya sendiri 3 hari yang lepas, demam, batuk selsema dan lengkap dengan muntah-muntah sekali.

Sebenarnya bila di uji dengan masalah kesihatan begini, ibu-ibulah yang biasanya walaupun demam, tapi masih gagah menjalankan kerja-kerja rumah. Saya sendiri waktu demam, terpaksa mendukung dan menyusukan Nisrina dan di tambah lagi dengan Nisrina sendiri tidak sihat. Bayi sekecil 5 bulan bila selsema dan batuk, merengek dan minta di dukung. Bila batuk muntah , sehari terpaksa menukar 4-5 helai baju. 

Masa awal-awal Nisrina batuk, saya bawa juga dia ke klinik untuk diagnos takut sakit makin melarat. Alhamdulillah doktor maklumkan hanya batuk biasa, tidak perlu nabulizer hanya susukan sepert biasa. Saya ikhtiar juga tinggkatkan mutu susu dengan menjaga pemakananan saya. Banyak minum air kosong, makan baobab, minum air lemon, minum ju nenas dan mengurangkan pengambilan makanan yang berasaskan gula. Inshaallah ini antara ikhtiar saya untuk membantu kesembuhan Nisrina.

Nuruddin nampaknya semakin sihat juga dengan selera makannya sudah kembali. Kalau sebelum ini, langsung tak nak makan nasi, hanya minta air susu dan seleranya hanya buah-buahan.  Alhamdulillah bila dah sihat ni, memang sentiasa terhibur dengan telatah dia setiap hari. Antara 4 orang anak saya , Nuruddin memang sedikit berbeza daripada adik beradiknya dari segi warna kulit dan juga rambutnya yang kerinting. Dalam ramai-ramai juga dia nampaknya yang sering sakit. Boleh kata sebulan sekali akan demam dan akan kena nebulizer. Mungkin dia seorang yang mengikut saya yang memang ada semput sejak kecil tetapi hilang bila telah menginjak dewasa. 

Nublah dan Nu'man juga demam minggu lepas. Alhamdulillah mereka berdua sangat jarang sakit dan biasanya Allah beri kesembuhan yang cepat kepada mereka sekiranya demam atau batuk selsema. 

Satu yang saya sangat biasakan dengan anak-anak saya dalam menjaga kesihatan adalah banyakkan meminum air masak. Mereka memang minum air manis, biasa bersarapan pagi dengan air masak sahaja.

Penting sekiranya demam, batuk atau selsema kita memastikan pengambilan air mencukupi supaya badan tidak terhidrat

Semoga Allah beri kesembuhan kepada kami sekeluarga dan dapat menyambut kedatangan ramadan dengan mental, rohani dan jasmani yang mantop.
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...