Saya masih baru dengan blog. Bermula dengan kelas asas blog bersama Cikgu Masayu Ahmad pengasas Akademi Belajar Dari Rumah pada bulan Mac lalu.
Belajar menulis blog, belajar menulis laju, belajar menulis dengan ejaan penuh, punya buku catitan untuk mencatit aktiviti atau idea yang terlintas setiap hari. Itu adalah antara intipati kelas asas blog yang saya belajar.
Menulislah walaupun ayat skema seperti pelajar SPM kerana dengan berlatih menulis kita menjadi yakin untuk terus menulis dan memperbaiki mutu tulisan kita.
Kenapa perlu ada blog walaupun sudah punya FB?
Saya mendapat jawapannya semasa mengikuti kelas webinar blogging bersama Puan Salwa Al'Izzah baru-bau ini. Satu yang paling utamanya adalah blog adalah 100% adalah di bawah kawalan kita. Pernah dengar kawan-kawan yang hilang FB tiba-tiba, akaun FB di hack atau di blok, ini semua tidak akan berlaku di blog. Blog akan kekal ada selagi ada internet kecuali atas kes-kes tetentu seperti mempromosikan ponografi atau membahayakan keselamatan negara.
Blog ini juga sebenarnya adalah lautan biru yang tidak ramai lagi yang benar-benar menggunakannya. Macamana nak berblog, kalau tak pandai ? Boleh belajar dengan Cikgu Masayu Ahmad. Pada peringkat awal kita akan menjawab soalan analisa dahulu untuk memudahkan langkah seterusnya dalam mewujudkan blog. Banyak lagi faedah-faedah lain mengikuti kelas blog ini
Ada sedikit mahar untuk kelas asas blog ni, tapi percayalah ianya amat berbaloi. Kelas untuk bulan Jun telah dibuka pendaftarannya bagi sesiapa yang berminat.
Sesiapa yang berminat boleh whatsapp saya http://www.wasap.my/60132683834/ untuk pendaftaran.
Tulislah jangan takut-takut
No comments:
Post a Comment