Friday, 26 May 2017

Ramadan bersama anak kecil

Suami pergi terawikh di surau. Saya dan anak-anak tinggal dirumah. Mengeluh juga dengan suami semalam bilalah saya ni boleh pergi terawikh di masjid. Bila di rumah dengan anak-anak memang susah nak khusyu' lebih-lebih lagi ada yang kecil berusia 6 bulan. Semalam anak-anak memang tak tidur siang langsung sakan bermain, malamnya selepas mengaji, masuk bilik saya suruh semua tidur.

Susah jugak nak uruskan sendiri anak-anak ni dan berterawikh dengan tenang. Saya sendiri tertidur sambil menyusukan Nisrina. Suami balik masjid saya sedar, buka mata sikit dan sambung tidur.

Sedar jam 3 pagi saya tunaikan solat isya', buat terawikh 8 rakaat dan solat sunat yang lain. Itupun beberapa kali Nisrina bangun merengek. Suami sedar saya bangun solat, dia bangun dan tolong tidurkan Nisrina. Betapa rasa rindunya zaman-zaman sebelum kahwin, berterawikh di masjid tanpa gangguan, balik rumah sambung baca Al quran tanpa gangguan. Bukanlah maksud anak-anak ini halangan untuk beribadah. Cuma rasa cabaran dan pahala yang Allah nak beri lebih besar bila kita dah bergelar ibu ni. Tenaga, kesabaran memang kena sentiasa ada disamping menjaga kesihatan.

Sempat goreng ikan, masak sayur dan sambal belacan untuk sahur.  Selesai sahur sambil pegang Nisrina. Alhamdulillah dapat tidurkan dia, saya mandi dan solat subuh. Selesai solat baru baca Al Matsurat separuh jalan, Nisrina bangun, saya tidurkan balik kesudahannya dengan saya tertidur lepas subuh.

Begitulah nak ceritanya kalau ada anak kecil ni. Menjaga dan mengurus anak-anak itu ibadah. Di samping ibadah-ibadah yang lain kita nak buat. Mana mungkin kita boleh mengukur kemampuan kita dengan orang lain. 

Peranan suami sangat penting membantu meringankan kerja-kerja isteri bulan puasa ni. Isteri pun nak rebut pahala Ramadan jugak. Nak rasanya manis beribadah.  Kalau ada yang mampu berterawikh dengan anak-anak kecil di masjid atau surau silakan. Tapi bukan satu kekurangan kalau kita sebagai isteri dan ibu-ibu ni bersolat  dan beribadah di rumah sahaja. 

Baru setengah hari Ramadan hari ni. Alhamdulillah permulaan yang baik. Kekalkan energi positif untuk kita menjalani ibadah Ramadan ni untuk 29 hari berikutnya.



Tudung kanak-kanak Koleksi Tudung SiComel klik Tudung Raya Budak 2017

Majalah solusi versi digital klik  Solusi Digital






No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...