Saturday, 20 May 2017

Kisah Si Pemotong Rumput

Bunyi mesin rumput yang menderu di luar rumah menyebabkan anak ke tiga saya menangis. Saya perasan Nuruddin walaupun nampak sedikit kasar berbanding kakak dan abang dia. Tapi dia cepat panik atau takut kalau ada bunyi yang kuat atau bising. Rumah nenek Nuruddin beratapkan zink, kalau hujan menimpa, bunyinya amat kuat dia akan menangis ketakutan. Begitu juga bunyi blender jika saya memasak di dapur atau sesekali bunyi generator kepunyaan abi Nuruddin.

2 minggu sekali memang akan ada orang yang akan datang memesin rumput di kawasan rumah kami. Rumah komuniti tidak berpagar atau orang di sini memanggil rumah kilang memang disediakan orang memesin rumput. Pokok -pokok tanaman saya memang selalu kena mesin. Saya redha aje sebab tanam pokok dalam semak memanglah kena mesin.

Satu lagi masalah yang pernah terjadi adalah batu yang terpelanting dari mesin rumput dan terkena tingkap kereta dan pecah. Hampir 2  tahun kami duduk di sini dah 2 kali cermin tingkap kereta kami pecah.

Kerja sebagai tukang mesin rumput macam tu, saya tahu gaji memang tidak sebesar mana. Bila insiden macamni berlaku, kebiasaannya pihak majikan akan bayar gantirugi dan gaji mereka akan dipotong.  Tapi atas dasar tanggungjawab dan amanah dengan kerja bila insiden seperti ini berlaku sepatutnya mereka mencari tuan rumah dan maklumkan tentang kejadian tersebut. Masa kejadian pertama dalu, orang yang mesin rumput tu boleh buat tak tahu je. Saya menelefon suami yang sedang bekerja dan memaklumkan kejadian tersebut. Suami saya pulak terpaksa berkejar mencari tukang mesin rumput tu dan berbincang. Setelah berbincang orang tu berjanji akan bayar gantirugi dan dia meninggalkan nombor telefon untuk kami follow-up.

Nak tak nak kami kena juga baiki cermin tingkap yang pecah tu dahulu kalau tak macamana kami nak keluar. RM650 melayang dan sampai kesudah orang yang mesin rumput tu tak bayar gantirugi. Bila telefon pelbagai alasan dan adakalanya tidak berjawab. Suami malas nak panjangkan cerita akhirnya  kami tanggung sendiri. 

Tahun ni, dalam bulan Mac lepas , kejadian sama berulang. Kali ni tukang mesin rumput orang lain dan di bawah pengurusan lain. Saya tak perasankan kejadian tu, tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah. Disebabkan rumah kami memang jarang orang datang, bila ada orang ketuk pintu rumah tu berdebar lain macam. Macam fobia pun ada jugak. Sebenarnya takutkan nurse klinik desa sini mencari saya. Sebab dah berapa kali mereka datang bertanyakan imunisasi anak-anak dan bertanyakan kenapa tak pernah bawak anak-anak ke klinik untuk pemeriksaan.

Setelah menghendap-hendap dari celah tingkap, melihatkan tukang mesin rumput, saya mencapai tudung dan menyarungkan ke kepala. Berjalan ke pintu sambil ligat berfikir apa masalahnya ni. Rupanya dia maklumkan, dia mesin rumput dan batu dah terkena cermin kereta suami. Baik sungguh orangnya, dia tinggalkan nombor telefon untuk suami hubungi dia dan dia minta nombor telefon suami. Ok saya yang kalut dan berdebar tak habis ni mencari pen dan kertas nak menulis pun tak jumpa. Terpaksalah pakcik tu menunggu lamalah jugak saya mencari pen dan kertas untuk menulis.  Dia mintak suami call dia balik untuk urusan claim gantirugi dia pecahkan tingkap kereta.

Bila suami balik kerja saya maklumkan tingkap kereta kena batu orang mesin rumput dan pecah. Kali ni reaksi dia selamba dan tak bising-bising seperti sebelum ini. Rupanya untuk kali ini, suami saya ada cover insurans rupanya. Disebabkan serik dengan pengalaman sebelum ini. 

Disebabkan sudah claim insurans, suami saya tidak menghubungi tukang mesin rumput tersebut. Akhirnya dia yang menelefon suami dan bertanyakan tentang claim ganti rugi. Suami maklumkan yang dia dah claim insurans dan tidak perlu buat tuntutan gantirugi dari syarikat dia bekerja. Saya percaya itu adalah satu berita gembira untuk pakcik tu sebab gaji dia tak akan di potong. Perkara-perkara kecil macam ni mungkin nampak enteng bagi kita, tapi bila sebut potong gaji bagi orang yang bergaji rendah seperti itu, mungkin ada list penting yang terpaksa di potong dari senarai perbelanjaan bulanan mereka. Membuatkan saya terharu kejujuran pakcik tersebut yang betul-betul mengambil tanggungjawab atas insiden yang berlaku. 

Tiap hari kita bertemu pelabgai rencam orang dengan pelbagai kisah dan warna-warni hidup. Tapi rezeki bertemu dengan orang yang jujur dan amanah  adalah satu peluang untuk kita belajar dan mencari ibrah dari rutin hidup orang lain.

Nak belajar menulis dengan berkesan. Menulis dari hati kata orang. Mari belajar dari Sifoo Tn Irfan Jani klik 



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...