Thursday, 18 May 2017

Tanam Keladi Di Rumah

Pokok keladi ni, suami tanam daripada pangkal pokok keladi. Bila beli keladi pangkalnya tu kita boleh tanam tau. 5-6 bulan nanti bolehlah makan isinya. Boleh kata tiap-tiap minggu kalau tidak keladi, keledek atau pisang, suami akan beli samada pada hari Rabu di pasar malam bandar Tenggara ataupun pada hari Jumaat pasar malam di dalam Felda Taib Andak ni. Inilah antara menu sarapan kami saban minggu

Keladi sedap goreng cicah sambal kicap. Atau rebus makan dengan kelapa dan gula melaka. Suami pernah rebus makan dengan santan yang di letakkan garam sedikit. Mungkin menu jawa saya sendiri tak pernah makan seperti itu.

Keladi ni ada jenis-jenis. Saya tak kenal sangat (memang tak kenal pun). Ada keladi mawar, keladi minyak, keladi cina, keladi yang ada sulur tu ada satu jenis tu lupa tah nama orang selalu buat kerepek. Generasi sekarang dah tak makan sangat keladi rasanya. Tapi saya dan suami memang biasakan anakanak makan secara orang kampung seperti ini. Hingga sekarag memang menjadi anara makanan kegemaran mereka adik beradik.

Sulur keladi sedap masak asam rebus. Batang keladi sedap masak lemak dengan siput. Pernah jugak try batang keladi masak tempoyak.. Sedap jugak..

Tanam keladi kena rajin kambus-kambus tanah dan pastikan tanahnya sentiasa gembur. Ini kerana untuk ubinya terhasil memerlukn tanah yang gembur.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...