Apakah persediaan Ramadan Anda untuk anak-anak tersayang.
InshAllah 3 hari lagi Ramadan akan menjelma. Anak-anak saya asyik bertanya bila mula nak berpuasa. Nampak sangat kegembiraan mereka menyambut Ramadan walaupun masih belum faham sepenuhnya ibadah Ramadan.
Saya listkan beberapa persediaan saya untuk anak-anak untuk meraikan Ramadan yang bakal tiba.
1. Biasakan bangun awal pagi.
Walaupun anak-anak saya memang sudah biasa bangun awal pagi, tetapi untuk Ramadan ini, mereka perlu bangun lebih awal untuk sama-sama merasai suasaa bersahur. 2 orang anak saya yang saya akan latih berpuasa berumur 5 tahun dan 6 tahun. Biarpun mungkin mereka hanya mampu berpuasa 2-3 jam sehari.
2. Sediakan aktiviti berkaitan Ramadan.
Buat permulaan saya mngajak anak-anak saya membuat poster menyambut Ramadan. Mereka warnakan, gam dan gunting gunakan glitter untuk menghias poster Ramadan mereka. Poster yang siap akan saya tampal didinding rumah sebagai menambah rasa teruja mereka.
3. Sediakan Tabung Derma Ramadan.
Biasakan anak dengan menderma di bulan Ramadan. Walaupun saya jarang ke Masjid untuk solat Terawikh di bulan Ramadan. Tapi kami kerap singgah di masjid untuk solat bila keluar . Anak-anak akan biasa meminta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung derma. Untuk Ramadan kali ini saya sediakan satu tubung untuk mereka isikan duit dan akan digunakan untuk menderma di masjid atau mana-mana keperluan orang susah yang mampu kami bantu.
4. Sediakan talam untuk berbuka.
Kami amalkan makan dalam talam sepanjang Ramadan ketika berbuka di rumah, Makan menggunakan talam akan mengeratkan kasih sayang dan merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Ini juga sebagai salah satu cara untuk saya ajar mereka sunnah nabi.Walaupun nampak akan ada sedikit kesukaran untuk mengawal anak yang kecil yang berusia 6 bulan yang sedang meligat meneroka satu rumah.
5. Biasakan diri dengan Al Quran
Nak kata bertadarus belum boleh lagi, Sebab mereka kecil lagi dan masih membaca Iqra. Apa saya boleh buat adalah menyemak hafazan mereka. Disebabkan mereka bersekolah di PASTI dan memang ada surah-surah hafazan. Ruang masa yang ada sepanjang Ramadan ini inshaAllah saya akan manfaatkan untuk menyemak hafazan dan menambah lagi surah-surah untuk hafazan mereka.
6. Mengurangkan Screen Time.
Ini juga satu cabaran besar untuk saya kerana setelah sekian lama tidak ada tv di rumah , kami membeli TV baru semasa saya berpantangkan anak yang bongsu. Ini kerana waktu itu saya berpantang sendiri dan mengelakkan mereka bsan di rumah. Kami berikan mereka masa untuk tengok Tv dengan kawalan. Saya cuba untuk limitkan semaksimum mungkin untuk mereka menonton. Saya pula kena penuhi masa mereka dengan pelbagai aktiviti. Cabaran juga untuk saya ni.
7. Hadiahkan telekung baru untuk Kakak.
Ini sebagai motivasi untuk Nublah supaya lebih bersemangat dan excited untuk belajar beribadah dibulan Ramadan.
Allahhumma balighna Ramadan
Apa pula persediaan kita sebagai orang dewasa menyambut Ramadan?
No comments:
Post a Comment