Friday, 19 May 2017

Kenangan Ramadan Di Taman Permata


Lebih kurang seminggu lagi Ramadan akan menjengah. Ramadan sentiasa memugarkan kembali memori indah kerana bulan ibadah ini memberi banyak hikmah dan kenangan tersendiri bagi diri kita.

Saya sendiri amat rindukan kenangan Ramadan saya sepanjang saya tinggal di Taman Permata Kuala Lumpur. Tinggal di Jalan Permata 8 rumah berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Permata dan sangat berhampiran dengan surau Taman Permata. Saya berasakan saya antara orang yang sangat beruntung. Meskipun rumah sewa tesebut hanya rumah teres 2 bilik yang sewanya RM700 sebulan. Rumah yang sempit ruang tamunya, bersambung terus dengan dapur.Tiada laman dan boleh kata agak sempit, tetapi saya amat menyukai kehidupan saya di sana.

Bila saya keluar dari rumah tersebut awak tahun 2015, penyewa baru menyewa dengan kadar sewa RM1000 sebulan. Kawasan rumah Taman Permata walaupun rumah 2 bilik dan boleh dipanggil rumah kos rendah tetapi nilai hartanahnya sangat tinggi. Suasana masyarakat dan kehidupan yang harmoni di sana memang akan saya rindukan.

Bila tiba bulan Ramadan, Surau Taman Permata memang imarah dengan akiviti, tazkirah, solat tarawikh, program kanak-kanak, sumbangan Ramadan dan kuliah muslimat yang di adakan boleh dikatakan setiap hari. Bulan Ramadan memang menjadi amalan kami sekeluarga berbuka puasa di surau boleh dikatakan hampir setiap hari. Jamaah surau yang peramah dan mesra kanak-kanak menjadikan saya tidak kekok ke surau dengan anak-anak kecil. 

Kebiasaannya pihak surau akan menyediakan juadah berbuka. Penyediaan juadah akan d beri mengikut lorong di Taman Permata. Bila tiba giliran jalan rumah kami untuk menyediakan juadah berbuka Pakcik Rahman sebagai wakil jalan kawasan rumah kami akan mengutip sumbangan untuk menyediakan juadah bagi hari yang telah ditetapkan tersebut. 

Saya tidak perlu memikirkan juadah berbuka, maklumlah balik kerja petang dengan anak-anak kecil, badan memang letih. Sampai rumah saya siapkan anak-anak dan kami berjalan kaki ke surau. Tidak semua surau di Selangor ketika itu akan mengadakan tazkirah selepas terawikh, tetapi surau Taman Permata adalah antara surau yang masih mengadakan tazkirah Ramadan hampir setiap malam. 

Rindunya di kelilingi orang baik-baik, rakan-rakan dalam relung yang positif dan saling mengingatkan. Saya tidak mungkin dapat kembali ulangi kenangan lama disana. Tapi saya boleh mencipta kenangan manis baru saya di sini. 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...