Friday, 12 May 2017

Arnab terlepas, tanaman kena makan

saya suka membelikan buku-buku bacaan untuk anak-anak. Walaupun mereka masih belum boleh membaca, tetapi mereka amat gemarkan buku. Tetapi satu perkara yang saya susah nak kawal adalah buku-buku akan berada di serata rumah. Dari ruang tamu, meja makan, atas katil, dapur dan segenap ruang. Buku-buku ini juga biasanya akan rosak kerana mereka masih belum pandai menjaga buku dengan baik.



Malam semalam saya kumpulkan semua buku-buku mereka dan  kemas mengikut kategori. Mana-mana buku yang saya rasakan boleh di buang, saya buang tanpa berbasi-basi antara sayang atau tidak. Buku-buku yang rosak saya baiki tampal dengan selotape dan letakkan di tempat yang susah di gapai oleh Nisrina. Budak 5 bulan ni tak kurang juga hebatnya. Pernah berak ketas kerana menelan cebisan-cebisan kertas dari buku yang di hisap.

Pagi ni saya  bangun pagi dengan mood yang sangat ceria, maklumlah dah berkemas malam tadi. buku cantik tersusun, lantai dah licin bersapu. Usai solat subuh, mengaji sedikit dan setetusnya mengatur langkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sambil menunggu air masak saya menyidai baju yang suami telah basuh (dengan mesin je pun ). Alhamdulillah cuaca cerah mentari terang pagi ni. 

Sudah menjadi kebiasaaan sambil-sambil menyidai baju saya akan melawat tanaman-tanaman saya. Terkejut saya melihatkan kandang arnab sudah kosong. Rupanya 2 ekor arnab tersebut telah membuat lubang dan melepaskan diri mereka. Habis tanaman-tanaman saya dimakannya. 4 batang pokok kobis, pokok kacang panjang, pokok salad dan pak choi hanya tinggal tunggul. Sungguh mood saya yang ceria gembira awal tadi terus bertukar jadi kecewa. 

Tapi bila fikir-fikir balik kecewa dan nak marah pada siapa? Tak apalah bukan rezeki saya lagi rupanya. InshaAllah saya cuba tanam semula. Cuma yang saya gusarkan jika arnab-arnab tersebut memakan tanaman jiran tetangga. Aranb-arnab tersebut sudah sangat liar dan memang agak sukar untuk di tangkap. Saya sedang memikirkan apakah cara untuk menangkap kembali kedua-duanya.

 lubang yang talah di gali


pokok kobis yang sudah dimakan arnab



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...