Thursday, 25 May 2017

Perkara menarik di Pekan Nanas

Suami saya cuti hari ini kerana minggu lepas dia kerja seminggu tanpa cuti. Berkebetulan hari cutinya hari khamis, jadi dapatlah 2 hari cuti minggu ini.

Selepas solat Zohor tadi kami sekeluarga keluar. Kami ke Bandar Baru Uda cari cawangan IWK disana untuk bayar yuran pembentungan rumah kami di Ukay Perdana . Sele[pas itu kami pergi ke Pekan Nenas. Pekan Nenas terletak dalam Daerah Pontian dan terkenal dengan jolokan Penghujung Benua Asia. Pekan kecil tetapi unik. Di pekannya majoriti masyarakat Cina dengan deretan Kedai dan aktiviti perniagaan mereka.

Pekan Nenas ini punya keistimewaan tersendiri dan menjadi salah satu tempat kunjungan kami sekeluarga. Antara tarikan kami ke sana adalah


1. Burasak
Makanan orang Bugis yang sangat enak. Zaman belajar di UTMKL dulu saya pernah serumah dengan sahabat dari Sabah yang berketurunan Bugis, dari dia saya mengenali dan pandai makan burasak. Sepanjang jalan Pekan Nenas kalau singgah biasanya memang ada yang menjual burasak. Sedap di makan dengan rendang atau kuah lodeh.Burasak ni yangsaya tahu adalah makanan tradisi orang Bugis. Selain Jawa, Bugis pun ramai di Pontian ni.

2. Donut seringgit
Kami singgah solat asar di Masjid Pekan Nenas. Di dalam kawasan masjid ada terdirinya deretan kedai. Satu kedai yang menarik minat saya adalah sebuah  kedai Kek yang menjual donut seringgit. Pelbagai donut yang di hiasi dengan coklat, kacang tumbuk, cheese dan sebagainya di jual dengan harga seringgit. Alhamdulillah donutnya cantik, gebu, besar dan sedap.Rasanya boleh setanding dengan donut Big Apple.

3. Gerai-gerai jualan di tepi jalan.
Dah namapun Pekan Nenas, sudah tentulah banyak nenas yang dijual sepanjang jalan. Beberapa kali ke Pekan Nenas saya suka membeli keledek, pisang, kalau musim cempedak membeli cempedak. Selain pelbagai pilihan, jualannya kebiasannya lebih murah dari tempat lain. kami sekeluarga memang selera kampung, memang manjadi kegemaran kami membeli keledek, ubi dan pisang sebagai stok untuk di buat sarapan.

4. Kedai Menjual binatang piliharaan.
Sebenarnya inilah sebab utama kami pergi ke Pekan Nenas. Kami ada cuba-cuba membela burung puyuh. Bertanyakan banyak tempat di sekitar Kulai mereka mengsyorkan supaya membeli di Pekan Nenas. Rupanya kedai binatang peliharaan di sana sangatlah besar dan harga lebih murah berbanding tempat lain. Anak ayam kacuk di kedai tersebut murah 30-40 sen seekor berbanding di tempat lain. Kalau nak pelihara dalam kuantiti yang besar memang berbaloi pergi ke sana.

Mungkin bagi sesetengah orang tiada apa yang menarik, Tapi bagi saya itu adalah antara daya tarikan untuk saya dan family terus berkunjung ke sana.

Suami saya menag suka berjalan-jalan. Sejak berpindah ku Kulai ni rasanya Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bharu memang sudah puas kami jelajah. Mengenal negeri sendiri bak kata orang.


Link Tudung SiComel https://tudungsicomel.com/katalog/idevaffiliate/idevaffiliate.php?id=549

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...