Masa kecik dulu saya tak tadika pun. Masuk terus darjah 1 memang tak
tahu langsung membaca, menulis dan mengira. Masa tu duduk dengan arwah
atuk dan nenek duduk rumah pusaka. Pagi-pagi ikut arwah atuk naik basikal tua pergi kedai beli sarapan.
Masa saya umur 7 tahun rasanya baru duduk sekali
dengan mak sebab masa tu arwah atuk kena stroke. Mak balik semula duduk
sekali sebab nak jaga atuk yang sakit. Sebelum tu mak ikut ayah tinggal di kampung yah di Bukit Pasir. Dalam 20 minit je perjalanan.
Cikgu kelas saya masa saya darjah satu namanya Cikgu
Faridah.Ingat sangat susuk tubuhnya yang gempal dan tudung ikat di dagu.Hari pertama sekolah, cikgu Faridah suruh lukis gambar saya terbang ke
sekolah, budak yang tak pernah sekolah ni pegang pensel pun tak pandai waktu tu.
Cikgu Bahasa Melayu namanya Cikgu Badariah. Cikgu Badariah ni kuru tinggi orangnya. Cara pakai tudungnya pula adalah ikat ke belakang.Pengalaman yang paling tak boleh lupa dengan Cikgu Badariah adalah kena lempang sebab tak pandai eja sudu. Cikgu pegang flashcard gambar sudu. Tutup ejaannya lepas tu suruh saya eja. Memang tak dapat eja. Sakit woo kena lempang. Tapi tak cakap dengan emak pun. Tau nanti lagi kena marah.
Kalau zaman sekarang dah kena report polis kot hehehe.

Guru Bahasa Inggeris cikgu Ong. Cikgu Ong suka beri gula-gula kalau siapa yang dapat jawab soalan dia. Zaman tu dapat gula-gula pun seronok gila seminggu cerita tak habis. Matematik rasanya cikgu Faridah yang
ajar. Anak Cikgu Faridah ni sekelas dengan saya dulu namanya Mohd Nor. Mat Nor sekarang dah jadi doktor di Hospital Muar.
Pernah terserempak dulu sekali.Ketua kelas saya waktu tu namanya Syairul Nizam nakal tapi
cerdik. Arwah ayah dia orang kuat Semangat 46 masa tu. Ingat sangat dia
buat corak berulang S46. Markas S46 tu depan sekolah je. Lepas S46
berkubur. Jadi markas PAS dan terkini jadi Markas AMANAH.
Ada seorang budak ni nama Khairuddin hampir setahun mak dia tunggu kat sekolah sebab kalau mak tak ada menangis.Memang nampak manja. Emak dia tabah betul menunggu setiap hari. Masa tu ayah dia baru meninggal mungkin dia manja sangat dengan arwah ayah. Mak dia turutkanlah kemahuan dia.
Pakcik kantin masa tu arwah pakcik Mahzan. Anaknya nama Hairee juga sekelas dengan saya. Menu favourite masa di kantin adalah nasi
lemak 20sen dengan aiskrim Malaysia seposen. Bawak duit belanja
pun 30 sen je ke sekolah zaman tu, tapi rasa lebih dari cukup.
Banyak lagilah kenangan manis zaman tu.
Mengenal huruf, membaca, mengenal buku mula dengan darjah satu.
Bukan macam zaman sekarang beruntung. Lahir-lahir macam-macam agenda nak memandaikan anak.
Bukan macam zaman sekarang beruntung. Lahir-lahir macam-macam agenda nak memandaikan anak.
Memori saya kuat lagi mengingat zaman-zaman kecil. Orang yang buli saya pun saya ingat lagi hehehe..
Alhamdulillah berkat didikan ibu bapa dan guru-guru yang banyak berjasa kita semua jadi orang.
Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru.
Alfatihah untuk mereka yang telah pergi.
Sekolah Kebangsaan Seri Jong
Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Seri Jong
Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment